oleh: lingsyima Kek Lapis Jawa Manis

Keklapisjawa

Penggemar Rasa Masam Manis


Created on : 08-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lingsyima




Share


Bahan-bahan ( 1.2kg )

  • 10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
  • 300gm Gula Halus
  • 450gm Mentega
  • 160gm Tepung Biskut Marie ( Biskut Marie yang di kisar jadi serbuk )
  • 50 gm tepung gandum
  • 50gm serbuk santan
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 tin rendah susu pekat
  • Pewarna merah, hijau atau kuning
  • 4 sudu makan asam jawa Extra (Adabi)
  • 150gm gula
  • ΒΌ cawan air

Cara-cara

  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
  2. Pukul mentega hingga kembang
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
  4. Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
  6. Campur sebati asam jawa, gula dan air (boleh tambah gula jika mahu lebih manis)
  7. Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning. Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
  8. Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mt. bila masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  9. Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  10. Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
  11. Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk.

Tag

kek lapis


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

08-08-2008, lingsyima komen :

cam ne nak tambah bahan nih....


08-08-2008, yani komen :

lingsyima.. satu kelik utk satu bahan.. so kalau ada banyak bhn2.. u kena klik banyak kalilah kat "Tambah Bahan" tu .. sama juga dgn cara2.. kat cr2 tak perlu tulis no.. setiap kali u klik tambah cara2 tu.. akan keluar nombor tu.


08-08-2008, aa_iezah komen :

complete ker x resipi ni, yg air asam jawa 2 camna plk kat bahan2 x ada letak pun.


09-08-2008, yatimail komen :

nama kek ini jawa manis ke asam manis? tapi dalam bahan nya asam x de lak betul ke resepi ne, klu buat x jadi cam ne, buang ke pangkal pisang lah nampak nya gemok lagi lah pisang aku.


09-08-2008, zsa_zsa komen :

biskut marie nak kepit kat manaa.. celah asam peket ke asam timbang??? sorry lingshima, konpius la yang..


11-08-2008, lingsyima komen :

sori lambat reply.... frequent contraction. tunggu masa nak bersalin yani : thanks. it works iezah : sori.....aritu tak complete lg coz tak tau cam ne nak edit yati: sori again.....insya allah sekarang dah complete. buat kek lapis perlu kesabaran. apa ada pada nama. the owner of the recipe kata : he put jawa coz guna asam jawa. just to make a difference. actually, it can be replaced dgn any kind of jam: jem nenas, strawberry etc..... zsazsa: biskut marie dibuat serbuk (tepung). Ini termasuk dlm step 5 (tepung gandum & tepung biskut marie). jap lg i edit balik. THANKS FOR ALL COMMENTS. KOMEN2 YANG MEMBINA.


11-08-2008, hana6877 komen :

resepi nih sesuai utk den yg xde asam duit...huhuuu...bleh cube!


11-08-2008, lingsyima komen :

betul tu hana. actually, most kek lapis sama jek bahan2 kek nyer..... cuma kita yg kena kreatif nak buat lapis tu. kalo guna strawberry jem lagi best! kalo rasa susah nak sapu jem, bole buat selang seli : satu adunan original n satu adunan perisa strawberry.... cam buat kek lapis betawi..... kek tak terlalu manis..... thn nih tak nak buat bisnes nih coz tgh dlm pantang! huhuhu..... i propose kat diorg pi kat dayangkek.


13-08-2008, mazurah komen :

lingsyima...berapa bancuhan asam jawa ?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu