Google+

oleh: diebaali Bubur Kacang Hijau

No picture

Resipi Opah


Created on : 07-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi diebaali




Bahan-bahan ( 4-6 mangkuk )

  • 3/4 cawan gula
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan sagu kecil
  • Air (ikut kepekatan yang dikehendaki)
  • 250 gram kacang hijau

Cara-cara

  1. Goreng kacang hijau di dalam kuali tanpa menggunakan minyak sehingga kacang berwarna agak kecoklatan.
  2. Rebus kacang hijau yang telah digoreng tadi dengan air dan gula.
  3. Setelah kacang kembang, masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sagu. Biarkan bubur mendidh sekali lagi.
  5. Tips! pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk!

Laporan Masakan Bergambar (5)

Bubur_kcg_hijau
01-02-2009
bubur kcg hijau mmng favorite famili akak....tq.... :)
Laporan oleh: kak fida
Dscn1288
14-07-2009
Sedap hingga tak terkata... lagi sejuk lagik best... makan skali pasti nak lagik...
Laporan oleh: tfsalihah
Dsc_5470
15-07-2009
emm sedappp...
Laporan oleh: zaina
Image0199
09-03-2011
Bubur kacang nie..dah siap untuk dihidangkan tq
Laporan oleh: surinah
Bubur_kacang_hijau_myr
16-12-2013
Juga hidangan semalam.. suka sangat dengan resipi ni sebab gabungan sukatan gula, kacang dan santan memang serasi.. saya tambah durian.. sedap.. terima kasih diebaali..
Laporan oleh: LynnSham


Komen (1)

09-12-2010, nurull107@gmail.com komen :

saya buat tak jadi la..hu2


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd