Google+

oleh: tulip77 Kuih Lopes

Kuih_lopes_1

yg nih cara simple ler nk buat :)


Created on : 07-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tulip77




Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.









Laporan Masakan Bergambar (23)

Kuih_lopes_3
07-08-2008
di mkn ngan air gula....
Laporan oleh: tulip77
Snv32144
09-05-2009
Dah lama teringin sgt nak makan, saya tak guna air kapur pun. Kelapa saya guna kelapa kering dikukus.. serba kekurangan. :) Still sedap.. tq tulip.
Laporan oleh: aludra
Dsc_0854
18-07-2009
KAK TULIP!!! dah buat!! sedap tauu!! sama rasa ngan kat kedai tuuu.. kita balut guna daun pisang yummmyyylah!! tenkiu ya leh buat lagi :D
Laporan oleh: Natto 1
Dsc_7174
23-08-2009
buat untuk berbuka semalam.
Laporan oleh: zaina
Lopes3
25-08-2009
kuih ari keempat ramadhan! hehehe.. mekacih pijaaa!!
Laporan oleh: hana6877
25082009270-003
26-08-2009
buat utk berbuka semalam. terima kasih atas resepinya.
Laporan oleh: baya74
Dscn5206
11-09-2009
Lama tak buat lopez de squerra ni :D
Laporan oleh: eenat
Kuihlopes
11-09-2009
dah lama buat ni.. sedap
Laporan oleh: yani
P1020212
02-04-2010
peberet sya ni,tp mcm telmbik ckit la..sdp bebenor...
Laporan oleh: Mariani(KT)
P1080820
10-12-2010
Buat sikit breakfast pagi ni.....
Laporan oleh: rosmazamri
Dsc05277
21-12-2010
first time buat, jadi...sedapp sangat...
Laporan oleh: mass80
Pict0019
25-12-2010
baru 1st time buat tengah hari td.....bg husband rase die kate sedap...mmg sedap.........
Laporan oleh: izzaliana
Imag1247
17-02-2011
Assalam tulip...memang simple sangat nak buat takyah susah2 guna daun, hasilnya memuaskan hati. Tq Tulip
Laporan oleh: rosaliza
Kuih_lopis
13-03-2011
pestaim wat kuih lopes sndiri, sedap..anak2 pun suka.Tq sudi kongsi rcp kat sini
Laporan oleh: Lina_pg
P1011565
17-03-2011
saya tak guna pewarna langsung, harapkan air pandan tu je...tu sbb agak pucat warnanye, tapi rasa tetap ummppph. Tq
Laporan oleh: zie_z
Img_1290ab
27-04-2011
lama dah buat ni baru nak tepek kat sini... sedap!
Laporan oleh: Kak Rosenah
Dsc02972
09-08-2011
buat lagi.....memang sedapppp...maceh tulip.....
Laporan oleh: mass80
Img_0444a
15-08-2011
buat untuk iftar semalam... sedap. dapat makan samapi ke sahur!
Laporan oleh: Kak Rosenah
Dscn0901
03-12-2011
Ni fst time wat kuih ni ..jadi gak cuma kite terkuranglah garam agak tawar...So kite lebihkan garam lam kelapa...Apepun anak2 suka...Thank Q...
Laporan oleh: Resepi2011
Dsc09632
22-02-2012
dah banyak kali buat.ni baru berkesempatan tangkap gambar.Hilang kempunan nak makan benda ni.Best!Tq Tulip.
Laporan oleh: aisyahsid82
Kuihlopes
12-09-2012

Laporan oleh: noormala75
Dsc01768
16-03-2013
dh lama wat nie..peberet anak2..suke klu wat kuih ni...mekasih tulip :)
Laporan oleh: k.zila66
2013-02-16_09
01-09-2013
wat bfast. mmg simple. puas hati mkn wat sndiri. pasni nk try dgn daun pisang plak. tqvm rcp ni ya
Laporan oleh: moonbug

Komen (18)

07-08-2008, zila66 komen :

wah!!tulip bestnyee...lama x wat..leh cuba nee...


07-08-2008, sofieza komen :

empppp...ni kueh favorite klu di bulan puasa.mmg tak disangkal kesedapannya...


08-08-2008, cute10 komen :

wah...sedap nyer tulip...hmm leh cuba nih..thank


08-08-2008, bee_rbs komen :

mmg fav i ni tulip..anak2 pun suke. Kena masuk dlm projek hujung minggu ni la agaknye..


08-08-2008, sfaizah7 komen :

senang laa cara u buat.. boleh try ni..


08-08-2008, AlongRoz komen :

Alahai tulip, ni dh lama dlm to-do-list tp sampai skrg tak buat2 - teringin betul.... Bulan pose ni nk buat le sbb mmg tradisi mak along mesti wat kueh ni bila bulan pose.


21-02-2009, ips0204 komen :

cik tulip sori nak tumpang tanya nie 1st time nak buat nak guna air kapur untuk makan sirih tu ker tak taulah air kapur mana cik tulip maksudkan


17-04-2009, Mrs KuHiK komen :

bestnye..lama dah nak try wat...insyaAllah saya akan try wat dalam masa terdekat ni....tq tulip77


23-04-2009, gelato257 komen :

hi tulip, nak tanya ckit, air kapur tu kalau tak simpan boleh tak? tx alot....


19-02-2010, gadis misteri komen :

baru try nak buat.rasenya sedap sbab ramai orang kate ok.harap2 berjaya


13-08-2010, shamshima komen :

k gak tu tulip...tp sy ada lg simple kot nk share...beras pulut sy cuci dn msuk dlm rice cooker, masukkan air pandan/air pewarna hijau yg telah dicampur sedikit air kapur sirih (mcm msk nasi) ngat!!! sukatan air sama ngan beras pulut tu...stelah dmasak...masuk dlm dulang/talam dn tekan mcm wat nasi impit...pas tu bentukkan ikut selera dn gaul ngan kelapa...air gula sama jer...apa2 pun...rasa tetap sama...rasanya klu nk bisnes sesuai wat cam ni...byk save...klu nk mkn sndr ikut cam tulip...k tq


07-10-2010, ziemohd1 komen :

shamshima...rasanya sama ke? saya ni ada penyakit -M- jadi nak buat kuih semua yang simple aje...kalau shamshima dah cuba buat..saya pun nak try la... tulip...air kapur kalau tak pakai boleh tak???


25-11-2010, shamshima komen :

Rasanya tetap sama. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Klu x nak pakai pun x pe. Selamat mencuba...


21-02-2011, bobomiza komen :

shamshima...msk gn rice cooker,sukatan air nak sama banyak ngan beras pulut tu ke?????......atau ikut sukatan air resepi tulip....


22-05-2011, aina18/5/1996 komen :

wahh sdpnye sye suke sgt kuih ni..nnti nk try la.. :)


09-08-2011, mizi8490 komen :

pulut kene kukus ke??mklumla xpnh ag wat kuih ni...


09-08-2011, mizi8490 komen :

pulut kene kukus ke??mklumla xpnh ag wat kuih ni...


01-12-2011, Resepi2011 komen :

Betul tu Shamshima.. kite pun pernah buat cara tu... Memang sedap ...Tapi resepi kite dah hilang ni jumpa Tulip nye.. Teringin lak nak makan.Bolehlah kite buat semula..Apa2 ma kacih ye..kerana sudi kongsi...Moga2 kalian dimurahkan rezeki...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd