oleh: anne_wmdc Sardine Roll

Sardinrollgv1

Gabungan resepi & cr dr www.wanitamelayu.com. Sumber gambar phongsu78


Created on : 16-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 12 sardine rolls )

  • *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
  • *1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • *1 biji cili merah (cili basah)
  • *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
  • *Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
  • 2 keping kulit roti utk dibuat breadcrum (yg atas & bawah)
  • 1 bj telur (dipukul - utk celup roti)
  • Sedikit air masak (untuk celup roti)

Cara-cara

  1. *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.
  2. Bakar roti seperti biasa kita bakar utk sarapan dan kemudian blender kering. Ketepikan.
  3. Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
  4. Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di pukul dan pinggan breadcrumbs.
  5. Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
  6. Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan terus masuk kedalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
  7. Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos. Cubalah!

Tag

sardin roti




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

16-11-2006, fymein komen :

naper kena celup ngan air dulu sblm celup ngan telur?


16-11-2006, admin komen :

anne_wmdc.. gambar ni dah dpt persetujuan tuan punya ke utk diletak kat sini?.. seboleh-bolehnya letaklah gambar sendiri...


16-11-2006, anne_wmdc komen :

fymein...kena celup ngan air supaya roti tak menyerap minyak.. pasal gambar....sampai bila pun sy takde gambar sendiri...sy pun dah tulis nama empunya gambar..insyallah sy akan bgtau yg sy guna gambarnya..harap ok admin...gambar utk gambaran org lain terhadap kegebuan sardin roll ni.... :)


17-11-2006, admin komen :

anne_wmdc.. kalau dah minta kebenaran takpelah.. i tak naklah bila tuan punya tu masuk nanti..dok komplen pulak pasal gambar tu..


15-02-2007, are3646 komen :

baru jer buat ptg tadi...mmg x serap minyak pun sbb celup dgn air....mmg sedap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu