Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
1 biji kelapa diambil patinya (ditambahkan garam secukup rasa)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 liter air
Cara-cara
Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan air bersih bercampur serbuk kunyit. Biarkan semalaman atau setengah hari
Panaskan periuk kukus. Ambil separuh beras pulut tadi dimasukkan ke dalam loyang dan dikukus hingga masak. Ulangi kaedah sehingga habis kesemuanya.
Pulut yang sudah masak, kaup semua masukkan ke dalam bekas sementara masih panas kerana apabila sejuk susah untuk disebatikan pati santan bersama dengan pulut. Sementara itu renjiskan pati santan tadi ke dalam pulut sambil di kacau.
Sedia untuk dimakan bersama rendang daging atau ayam. Cuba lah...