oleh: rahman bestari Lada Hijau Goreng Belacan

Resized_lhgb1-2

Masakan biasa sahaja bila tengok lada hijau (cili hijau) melambak dalam fridge. Sayang pula nak buang. Dan inilah hasilnya.


Created on : 05-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rahman bestari




Share


Bahan-bahan ( Sesuai sebagai alternatif untuk tukar menu harian )

  • 1 atau 2 paket lada hijau (jumlah ikut kesesuaian sendiri)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 atau 3 inci belacan (ikut suka)
  • minyak masak untuk menumis
  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara

  1. Bersihkan cili dan toskan atau boleh dibersihkan kemudian selepas dipotong memanjang dan buangkan bijinya.
  2. Tumbuk belacan bersama bawang merah dan putih.
  3. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan lada hijau yang sudah siap dipotong dan dibersihkan.
  4. Kacau sebentar sehingga sebati dan tutup kuali dengan penutup. Biar sehingga lada agak lembut. Kalau terlampau kering, tambahkan sedikit air.
  5. Bubuh garam dan serbuk perasa.

Tag

sayur


Laporan Masakan Bergambar (1)

P1030268
14-02-2011
slm,cmpo ngan lda mrh,dn ltk kuah skit...xsngka ank2 suka ngan kuahnya..
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (16)

05-08-2008, zza komen :

waa melelh air liur...huhuhu


06-08-2008, lubingme komen :

mula2 tgk ingatkn lauk kacang pnjg..sekali lada hijau daa.. huu xpedas ke? takut lak nak try.. tp lada hijau byk kat umah ni..


06-08-2008, quinnie komen :

insyaallah tak pedas..saya pun baru lepas masak lada hijau ni buat gulai taucu...memang best..tapi masak belacan cam ni tak penah buat lagi...


06-08-2008, Jue Hussin komen :

Ni lada hijau besar @ kecik? Kalau yg besar, saya biasa gak buat masak gulai taucu, mmg tak pedas...


06-08-2008, uminaj komen :

Lada ni yg besar...saya plak biasa buat masak asam je...yg taruk air asam jawa tu...jd cam jeruk le...sedap....


07-08-2008, rahman bestari komen :

lubingme, lada hijau tu tak pedas lah, cube lah dulu ...


07-08-2008, rahman bestari komen :

quinnie, mintak resipi lada hijau gulai taucu! ala masak belacan tu resipi orang bujang ...huhuhu


07-08-2008, rahman bestari komen :

Jue Hussin, saya gunakan lada hijau yang besar, kalau yang kecik sure pedas punye.


07-08-2008, rahman bestari komen :

nak try gak nanti taruk air asam macam uminaj buat tu


07-08-2008, melatidesa komen :

sdpnya....dahlah tgh posa. t'ingat masa kecik2 mak suka msk lada hijau ni....tp campur ikan bilis.....


07-08-2008, dla97 komen :

c.hijau pun blh buat lauk.kretif btl rahman bestari ni.


07-08-2008, rahman bestari komen :

melatidesa, cubelah resipi man ni, memang sesuai gak taruk ikan bilis


07-08-2008, rahman bestari komen :

maseh la dla97, tu lah kalau dah minat, apa je leh wat lauk. kalau ada bakat pun tp tak minat pun tak jadi gak. lada hijau tu tak semestinya goreng belacan jer, leh try wat cara lain lak, campo udang ke, udang kering, kerang, lokan. dan boleh tambahkan dalam bahan utk buat sayur campur. dla buat lah nanti pos kat sini ek.


08-08-2008, tres komen :

laaa...semalam saya masak,campur gan petai sedappp...org jln depan tak pandang


08-09-2008, fara_bie komen :

ni la fvret saya... saya pun salu goreng cmni cuma saya ada bubuh ikan bilis... besttttt....


21-11-2008, rahman bestari komen :

tengkiu tres & fara_bie.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu