oleh: Penyulawa Tumis Air Kobis Sotong

Tumis_air

Penyediaan yang ringkas dan cepat. Enak sekali jika ada sambal belacan dan ikan masin.


Created on : 05-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Penyulawa




Share


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 4 helai kelopak kobis - potong memanjang
  • 1 ekor sotong besar - dibersih, kelar2 dan ptg kecil
  • 1 biji bawang merah sebesar bola pingpong - hiris
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika mahu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (wajan). Tumiskan bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan sotong kemudian air. Biar mendidih.
  3. Masukkan sayur kobis dan perasakan garamnya. Campurkan serbuk perasa jika mahu.
  4. Renih sebentar. Tutup api. Hidangkan.

Tag

sayur


Laporan Masakan Bergambar (1)

060820081110
08-08-2008
simple lagi senang resepi ni.. habis licin
Laporan oleh: deemumtaz

Komen (2)

07-08-2008, melatidesa komen :

nak trylah...asyik goreng je jemu gak...lgpun hubby suka mkn sotong


26-07-2009, milin_2 komen :

wah best ni....ada kelainan.kreatif...dah try nti kite tepek gambor.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu