oleh: yani Capuccino roll cake

Capuccinorollcake

kek capuccino gulung


Created on : 14-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( (30x30)cm )

  • Cecair capuccino
  • 4 sudu besar capuccino
  • 2 sudu besar air panas
  • Kek span
  • 4 biji telur(L saiz)
  • 60g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sudu besar cecair capuccino
  • Sirap
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air panas
  • Krim capuccino
  • 200ml fresh cream
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar cecair capuccino

Cara-cara

  1. Sediakan cecair capiccino Campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
  2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180 degree.
  3. Rollcake1
    Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau meringue
  4. Rollcake3
    Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1sudu besar cecair capuccino yg telah disejukkan tadi.
  5. Rollcake4
    Letakkan 1/2 dr no.3 tadi ke dalam no.4. Mix sehingga sebati.
  6. Rollcake5
    Letakkan tepung yg telah diayak ke dalam no.5. Mix lagi.
  7. Rollcake6
    Kemudian lebihan no.3 (meringue) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Rollcake7
    Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuk dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin. Bakar selama 10 minit
  9. Rollcake8
    Bila dah masak, keluarkan dari oven. alaskan kek dengan kertas minyak. Spray bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
  10. Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim
  11. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven plate. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yg dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.




Laporan Masakan Bergambar (3)

Swiss_roll__1_
22-12-2006
Diubah sesuai m'ikut apa yg ada.
Laporan oleh: F&N

Nampak cam sedap je.. ish laparlah pulak..

Swissrollstrawberry__2_
25-12-2006
Perasa strawberry pulak.(krim x jadi plk-krg beat)
Laporan oleh: F&N

kalau dah tahu silapnye.. buat lagi lain kali mesti menjadi.. gud luck F&N..

Swiss_roll_coklat
18-03-2008
sedap & lembut... tq :D
Laporan oleh: tulip77

Komen (18)

14-11-2006, fymein komen :

..."letakkan 1/2 gula..." apa maksudnyer? setengah dr 70gm ker?


14-11-2006, yani komen :

yup... 1/2 gula dr 70gm tu.. maksudnya 35g dlm telur putih dan 35g lagi ke dalam telur kuning


15-11-2006, nuarliesya komen :

yani,boleh tak kalau kita nak gantikan cappucino tu dengan mana2 perisa,contohnya nescafe ker atau coklat?


15-11-2006, yani komen :

boleh.. capuccino yg i guna tu pun brand nescafe juga.. nak guna espresso ke.. instant coffee yg biasa tu ke.. atau coklat tu ok je.. tapi kalo coklat ni tak tahulah sukatannya berapa.. nak kena try sendirilah..


05-12-2006, Ringo komen :

dah buat sempena birthday my boy semalam. akak buat span dia guna serbuk koko. kurangkan tepung 10gm, ganti koko 10gm. krim dia akak guna cream cheese 150gm(lembutkan dulu) + fresh cream 200ml + 1 sudu besar lemon juice + 40gm gula. gambar lupa nak ambik. masuk perut terus :)


06-12-2006, yani komen :

happy birthday to Aiman.. nanti nak try boh cream cheese la pulak..


20-12-2006, F&N komen :

Kak yani,kalo x spray dgn air boleh x?Masa buat cream puff x jadi sbb x spray.


20-12-2006, yani komen :

kalau x spray air pun takpe utk resipi ni. cuma nak bagi cepat sejuk. Kalau x spray kena tunggu lama sketlah biar kek tu betul2 sejuk baru letak cream.. kalau tak cream mudah cair dan susah nak gulung.


20-04-2007, maria55 komen :

Boleh tahu berapa lama nak pukul untuk buat krim nya.


20-04-2007, yani komen :

maria55.. emm masa pukul krim ni bergantung pada speed juga lah.. pukul sehingga krim tu "keras " ke panggilnya.. kira tak cairlah.. kalau cair tu susah nak gulung.. ataupun pukul biar jadi macam krim yg buat hiasan kat kek


22-04-2007, maria55 komen :

Yani. Terima kasih kerana sudi memberikan panduan sebab saya ni kurang pasti bila melihat fresh cream tu cair. Jadi kira2 lama jugalah nak dipukul tu. Kalau berjaya nanti, saya akan cuba kesemua resipi swiss roll Yani. Sedap2 belaka nampaknya.


02-05-2007, maria55 komen :

Yani, saya gagal membuat krim. Seperti yang diberikan oleh Ringo: cream cheese 150gm(lembutkan dulu) + fresh cream 200ml + 1 sudu besar lemon juice + 40gm gula. Saya pukul lebih dari 30min tapi tetap cair. Tolong beritahu saya apakah saya tersilap bahan. Saya gunakan Philadelphia cream cheese dan juga Philadelphia Pure cream. Saya beli di Cold Storage, bila saya minta Fresh cream juru jual berikan saya Pure Cream yang katanya sama. Pure cream ni cair bentuknya.


03-05-2007, Noreen komen :

yani, boleh tak letak cecair cappucino kat glossary sbb tak pernah tengoklah?


26-07-2007, cikmieza komen :

to kak yani.. mieza nak mintak resipi cream cheese utk wat topping kek leh tak?


05-11-2007, kelaparan komen :

wahhhh...ni mesti best....by the way....agaknye cara rollnye tu mcm. mak2 kita buat kuih bauhulu gulung ye...yg. ade jem tu...... thanks yani for sharing....kalau jadi nanti hanis show out ye!!!


10-12-2007, aurahabibi komen :

ngam hoo..... tengok jer gambo dah teliur.... belum makan lagi.. kalo makan macam maner hah.. kalo nak cuba tekan okey..kalo tak nak cuba tekan delete...


05-03-2008, bobby komen :

hmm.. penah cuba bbrp kali ngan whipping cream.. so far jadi lah tapi tak seberapa. Ada pnah tebaca tips..kalau nak pekatkan krim yang cair(kurang kandungan lemaknya) bleh letakkan sikit gelatin untuk stabilkannya. Krim ni ada 2 jenis - satu yang rendah lemak(30 - 35%) n satu lg yang lebih lemaknya - around 41 %(heavy cream).


18-03-2008, qiesha komen :

yani, cecair cappucino macam mana rupenye..ke boleh guna instant powder yg buat air tu;)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu