oleh: Kak Ton Mihun sup Kedah

Dsc02224

Resepi sendiri tau...


Created on : 29-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 1/2 bungkus mihun direndam dengan air dan 1 sudu besar kunyit serbuk selama 2 atu 3 jam
  • 500g tulang rusuk campur 250g daging tetel direbus hingga empuk
  • 80g halia diketuk
  • 8 ulas bawang putih diketuk
  • 1 paket Sup bunjut sup tulang
  • garam dan gula secukup rasa. Mesti lebihkan rasa masin dan manis supaya berasa bila makan ngan mihun nanti...
  • BAHAN UNTUK SAMBAL CILI
  • 3 sudu besar cili serbuk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka/air limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • daun bwg, daun sup, bwg goreng, cili merah, limau nipis dan lobak asin (jika suka) - dihiris dan sedia untuk dihidang

Cara-cara

  1. Dsc02217
    masukkan halia, bwg putih dan sup bunjut kedlm periuk rebusan tulang/daging tadi dan rebus lagi dgn api sederhana.
  2. sementara itu, masukkan serbuk cili kedalam periuk dan bancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
  3. masukkan gula, garam, cuka/air limau nipis, kacau sebati dan masak menggunakan api kecil
  4. masak dan kacau sentiasa hingga mendidih sikit, dlm 5 minit, tutup api.
  5. sambal cili ini mesti ada rasa pedas, manis, masam dan masin. Kalau rasa tak cukup manis/masin/masam, tambahkan gula/garam/cuka secukup rasa.
  6. Dsc02223
    toskan mihun yg telah direndam dan celurkan dgn air panas
  7. keluarkan tulang/daging dari sup dan potong kecil2 untuk dihidangkan
  8. Siap untuk dihidangkan

Tag

Mihun




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (21)

29-07-2008, nor_67 komen :

ton... dalam sambal cili tu guna cili serbuk ke cili boh?


29-07-2008, nor_67 komen :

silap gaya soalan lah ton.. nak tau dalam sambal cili tu boleh guna cili boh tak?


29-07-2008, akakroose komen :

Nampak sedapnya bihun Kak Ton. Kat KK sini soto saja yang ada.


29-07-2008, roslana_06 komen :

ton..kalau guna cili api mcm sambal kicap soto tu bolehkan...tak pakai bawang merah ye...


29-07-2008, Kak Ton komen :

sori erk... dok edit sikit2, tu yg tak dapat nak jawab komen... Nor, boleh gak nak guna cili boh, tapi lain sikit rasa die...cuba la... akakroose, memang pernah makan ke mihun sup kedah ni...kat Kl pun susah gak nak cari, tu yg saya belajar buat sendiri... K.ina, kalau pakai cili api, dah rasa macam soto la pulak, tak rasa mcm bihun sup kedah... tapi kalau nak try boleh aje...


29-07-2008, NisaMPB komen :

tediaa...k.ton datang dgn lenggang lenggoknya membawa 5 mangkuk mihun sop yg jaoh nun dari kedah....rebut lekas!


29-07-2008, akakroose komen :

Saya ni orang Kedah Kak Ton. laa ni dok kat KK. Posting sini ikut hubby.Besok la buat,tadi dah beli tulang ngan daging dah..


29-07-2008, Kak Ton komen :

Akakroose, kuah tu gula dan garam kene lebih tau... baru kaw. Klu dah pernah makan mesti tau rasa dia camne, klu tak cukup kaw boleh la adjust gula dan garam tu...


29-07-2008, tulip77 komen :

k.ton blk kedah tak penah try makan nih...jadik tak leh imagine rasanya mcm mana.. nnt blk kedah nk rasa ler :)


30-07-2008, che'iza komen :

Bestnyer Kak ton...... Mihun sup kat perlis pun mcm nilah... tp selalu jumpa sambal dia kering......


30-07-2008, zid_cun komen :

kak ton...sambal cili tu tak payah tumis yeeee...just masuk semua bahan2 passtu berape lame anggaran cili tu masak. sorry br nak belajar masak heee,heeee


31-07-2008, abby_3483 komen :

maaf ye,, daging tetel tu ape? AB tak penah dengor la. tolong bagitau.


31-07-2008, akakroose komen :

kak Ton,kite dah wat dah.tak sempat nak snap habis kena ngap.tq 4 the recipe...


05-08-2008, Kak Ton komen :

sorry zid_cun baru baca komen... sambal tu masak sampai mendidih sikit je...dlm 3@4 minit je... Che iza... cuba la try buat... akakroose, tima kasih kerana mencuba... lain kari klu buat lagi, snap la gambar...


05-08-2008, Kak Ton komen :

abby..daging tetel tu, bahagian daging yg selalunya org jual daging tu potong kerana nak asingkan daging pejal dari lemak2...


08-08-2008, nurnikisha komen :

1 paket sup bunjut sup tulang tu=rempah sup tulang yg serbuk tu or set tumisan kayu manis etc yg ader dlm kain kecil yg diikat tu...tq kak ton


08-08-2008, nurnikisha komen :

1 paket sup bunjut sup tulang tu=rempah sup tulang yg serbuk tu or set tumisan kayu manis etc yg ader dlm kain kecil yg diikat tu...tq kak ton


11-08-2008, eye_nie komen :

kak ton bihun sup nih mmg kegemaran sy... tiap2 thn open house.. nih resepi wajib...cuma sambal dia sy tambah kismis n bawang goreng yg diblender


11-08-2008, Kak Ton komen :

nurnikisha sup bunjut tu yg ada bunjut kain tu la... eye_nie... sedap gak tu kan... lain kali kakton try tambah kismis ngan bwg goreng tu...


12-08-2008, eye_nie komen :

kak ton try la... sambal dia yg bt bihun sup bertambah ummmph...


23-08-2008, zaijulha komen :

kak ton,sedapnya,terlioq tgk gambaq ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu