Google+

oleh: kakfiza Kerepek bawang

Dscn0166

Resepi dari m.cik kuih peniram tu juga...


Created on : 23-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kakfiza




Bahan-bahan ( dapat banyak,satu family leh makan,lebih sedekah jiran2. )

  • DOH PEDAS:
  • 1 Kg tepung gandum
  • 200 gm bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)*
  • 3 batang serai *
  • 3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt)
  • 6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
  • garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit..
  • 1 cawan air utk blend bahan yg bertanda*
  • DOH PUTIH:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 3/4 cawan majerin
  • 1 sk garam
  • air

Cara-cara

  1. DOH PEDAS: blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air.
  2. lepas blend tuang dlm penapis,air nya jgn dibuang.
  3. masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam.
  4. gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2.uli hingga jadi doh.jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
  5. doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap
  6. DOH PUTIH: gaul tepung dgn majerin dan garam
  7. masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi.
  8. bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian.(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih)
  9. ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan
  10. Dscn0170
    kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
  11. Dscn0152
    letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas.gelekkan kedua2 doh supaya melekat.
  12. selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
  13. Dscn0155
    buat proses menggulung ini hingga habis.menghasilkan 10 ketul.
  14. Dscn0153
    ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam.
  15. Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.SELAMAT MENCUBA...

Tag

snack









Laporan Masakan Bergambar (5)

Kerepek
24-08-2008
Buat ni semalam sbb kengkawan nk datang rumah. Sambil berborak makan ler kerepek ni. Sedap..tima kasih :D
Laporan oleh: Isya_Irfan

isya..cantik la kerepek u..tq krn mencuba..

Kerepek_bawang
05-09-2008
Eceh..eceh...ni lah dia hasilnya kak fida
Laporan oleh: as75

kak fiza lah as75..tq krn mencuba.

Dsc01763
19-01-2009
tak sampai tiga hari pun kerepek ni... dah habis org kat rumah kte kerjekan..... sedap betul... tme kasih kakfiza
Laporan oleh: hanasoraya
Kerepek_bawang
29-05-2011
rasanya sedap tp rupa dia buruk sikit... =)
Laporan oleh: zuliza09
Kuih_bawe
19-08-2012
Buat hilang sedih tak balik raya Malaysia hehe tapi tersilap lapis 4 jadi besar :P
Laporan oleh: toowex

Komen (30)

23-07-2008, tulip77 komen :

waa...dah start kuar kuih2 raya nih ;)


23-07-2008, azareena komen :

sedap nye kerepek bawang. baru je berangan2 nak buat wiken ni, dah keluar resipi dah. tq kak fiza. ;-)


23-07-2008, kakfiza komen :

tulip...x raya pun leh buat kerepek tu..mkn time tgk2 tv..budak2 mesti suka. welcome azareena..buat nanti jgn lupa letak laporan ye..


24-07-2008, che'iza komen :

Wahhhhhhhh Kak Fiza......... cargas nampak...... Ada apa2 ker ngan makcik yg meniaga tu......ker bakal besan....... Kesian Kak Nor melepaslah dia mcm ni, jadi besan...... eheheh


24-07-2008, zhiela_85 komen :

nilah resepi yg aku carik selama ini...indahnya raya yg bakal menjelang tiba kerna adanya kerepek bawang nih...febret ku....


24-07-2008, kakfiza komen :

che iza...mana la knor tu nak berbisan dgn kita yg serba serbi kekurangan ni...hehehehe


24-07-2008, kakfiza komen :

ziela_85...buat jgn x buat,lepas ni x payah beli...semoga meriah la raya thn ini dgn hasil kerja tgn sndiri...


24-07-2008, quinnie komen :

eee..bestnya...paling suka kerepek ni..tapi kalau beli langsung tak rasa bawang nya...memang nak buat tapi tak dek resepi..tq kak fiza...


24-07-2008, fazlianie komen :

emm... menarik resipi nih... sy mmg suka mkn kepek pedas2... hehehe... kene cuba nih... nnt bleh buat time raye. :)


26-07-2008, cute10 komen :

Salam kak fiza...best ni tak lama lagi raya...ada tak resepi biskut tiram/lidah kucing...tak ingat la nama nye lbhkrg gitu la...saya peminat kuih yu..thanks


26-07-2008, fatinz komen :

rajin sgguh kakakku ni....kfiza...dah habis ke jahit baju raya???? sedap la kuih ni......pos perlis sket....


28-07-2008, kakfiza komen :

salam cute10..resepi kue tiram tu ada kat http://myresipi.com/top/detail/3853


28-07-2008, kakfiza komen :

fatinz...boring buat bj..akak main2 la dgn tepung...nak skit je ke..nanti x puas pula mkn...hehehehe


05-09-2008, as75 komen :

Salam Kakfiza, 1st time as cuba resepi ni, alhamdulillah jadi. Berasa bawangnya.Nampaknya tahun ni raya dapat makan kerepek bawang buatan sendiri, asyik beli je.. as dah 2 kali cuba.. thanks for the resepi.. murah rezeki kakfiza..


05-09-2008, as75 komen :

Camna nak upload foto kerepek bawangku ini kakfida?? untuk membuktikan kesetiaanku menjadi anak murid mu...


06-09-2008, as75 komen :

Maaf ya..kak fiza..salah type..tertype kak fida.Anyway resepi u all berdua memang bestlah...


10-09-2008, zulpah komen :

kak fiza, macamana nak buat kerepek tanpa gelembung udara di permukaannya?


10-09-2008, nor85 komen :

askum kak fiza...maaf klau nor ganggu ptg nie hari nie nor cb resepi k.fiza tapi xjadilah..nor nak tanya langkah yang no14 tu lps kita potong trs goreng ke xperlu gelek bagi nipis ke?minx maaf la kak fiza baru nak bljr masak...hehehe


19-09-2008, ila'z komen :

bru nk cuba...hrp2 mnjadi la.....


19-01-2009, honeysnur komen :

ari tu da cube tp x cantik sbb ssah nak potong, hmm de sape2 nak kongsi tips x cam ne nak potong...bg cantik n kemas :)


23-01-2009, ayamanja komen :

kak fiza kte dh cuba buat kerepek ni tp tebal sikit.cm ne nk dptkan kepingan kerepek yg nipis tu.kena gelek dulu ke lepas hiris.kte rs dh hiris senipis yg boleh.harap dpt tolong.kerepek ni my pebret.tolong.....................


03-12-2010, lalacieka komen :

emmm...kerepek ni leh wat duit.. leh try...lau sedap leh jual kat kantin kilang mak mertua.


09-01-2011, murnibaha komen :

akum...saya suka sangat resepinie.. dah cuba tapi tak berapa jadi... macammana nak potong dia nipis-nipis macam mana nak dapat bentuk yang cantik?


29-01-2011, rosenirose komen :

nak dpt bentuk yg cantik dan sng ptg simpan dlm peti sejuk kejap dah keras baru ptg..... tlg jwb je....hehe


06-03-2011, siti jawawi komen :

belum mencuba lagi, baru berjumpa resipi, saya pernah makan tapi rasa nya keras, ni kita baru jumpa resipi, nak try la.......klu sucsess bolih tambah rezeki


22-04-2011, kuih tradisional komen :

saya org srwak, nak jugak try, mmg mimpi nak buat,tgok2 dah ada dlm ni, tq kak fiza....nak pg pasar, beli bahan2..


29-05-2011, zuliza09 komen :

saya dah cuber resepi nie, mmg sedap... maklumlah beli kerepek bawang slalunya rasa dia dah x sdp sbb dah lama...


19-07-2011, darth vader komen :

sedap jugak


21-07-2011, haryati hassan komen :

salam k.fiza..saya br nk try kerepek ni...minta2 jd la..saya 1 fmly suka kerepek bawang..anak sulung saya pggl kerepek ni..."kerepek abuilder"..heehee


11-08-2011, farralianasafiyya komen :

kalau resepi mak saye, bawang besar tu dgoreng dulu, baru blend...pastu sebelum potong keraskan dalam freeze dulu baru cantek...hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd