oleh: milacob Kek lapis limau purut

Limau_purut2

dapat dari serawak....


Created on : 22-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi milacob




Share


Bahan-bahan ( loyang 7"x7" )

  • 250 gm mentega
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1/2 tsp vanila
  • 10 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 160 gm gula halus
  • 90 gm tepung hong kong
  • 2 sudu makan badam kisar
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 - 2 sudu makan kulit limau purut ( diparut)
  • 1 tsp warna hijau

Cara-cara

  1. 1. mentega, vanila dan susu pekat dikacau hingga kembang dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-demi sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
  4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi kedlm adunan telur dan kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit-demi sedikit.
  5. masukkan badam dan parutan limau purut. kacau hingga rata. Bahagi adunan kpd 2 bahagian. Satu biarlah plain dan yang satu lagi dibubuh pewarna hijau.
  6. Bakar mengunakkan api grill suhu 200 - 210 C dengan kaedah selapis demi selapis hingga masak.

Tag

kek lapis


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

22-07-2008, milacob komen :

gunakan lah penekan kek agar lapisan tersebut nampak rata dan cantik. (penekan kek itu diperbuat daripada besi yang berat dengan ukuran loyang dan mempunyai handle - saya buat kat kedai buat besi pagar)


22-07-2008, zhiela_85 komen :

hai mila,dah dekat nak raya dah ni...hehehhe...zila org swk gak..p x pnah ade resepi ni...leh cuba raya ni...thankz mila for sharing the recipy...


22-07-2008, dania76 komen :

dah dekat2 nak raya ni banyak pula keluar resepi kek lapis...guna api ats bwh ke? kalau guna oven yg berpusing mcm microvawe tu boleh tak? agak2 jadi tak lapisnya tu?


22-07-2008, yatiezaini komen :

susah nak dptkn tepung hong kong .. blh ganti ngan tepung lain x ?? kek ni manis x ?? ada efek pada kek x kalau kurangkn kndgn gula .. \


22-07-2008, milacob komen :

pada permulaan lapisan hendak lah mengunakan api bawah apabila selepas lapisan yang ketiga gunakan api yang diatas. Saya tidak pernah pula mengunakan oven yg berpusing mcm microvawe tu tp saya rasa lebih baik dania76 mencubanya..... selamat mencuba.......


23-08-2008, angahku komen :

hai mila..cam na rasa kek ni..tak pahit ke oleh kulit limau purut tu?... nampak cantik kek nye...dah nak raya ni..


07-09-2008, ndia komen :

sya nak sngt try tpi tmpat sya susah nak dptkan tepung hongkong, boleh ganti tepg lain tak???


24-09-2008, baru belajar komen :

Salam semua, khususnya buat mila. Resipi ini bukan dari Sarawak. Resipi ini terdapat di blog Bro Rozzan. Sila rujuk di link ini http://rozzan.blogspot.com/2006/12/kek-lapis-limau-purut.html Saya rasa di masa hadapan, kalau kita nak bubuh resipi di sini, harap dibagitau si empunya resipi dgn tepat ya mila!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu