Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi kuih cucur badak

 Submitted By On 10 July, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resepi ni istimewa sikit sebab ada tambah tepung ubi kayu selain dari tepung gandum. memang rasa cam org berjual

Ingredients
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt)
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Instructions
  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas

  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.

  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.

  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

  5. cara buat inti

  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.

  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.

  8. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh sapu minyak kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan. Insyaallah nanti senang la nak bentukkan.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All