Google+

oleh: maryam81 Talam Berlauk Ayam

Talam_berlauk

Resepi sendiri


Created on : 10-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maryam81




Bahan-bahan ( 20cm )

  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 100gm Daging ayam cincang yg telah direbus
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar
  • 3 peket Serbuk Santan ( I gunakan Santan S&P )
  • 3 Cawan air
  • 2 Tangkai daun bawang - dihiris halus
  • 2 Tangkai Daun sup dihiris
  • 2 Biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa

Cara-cara

  1. BAncuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, ayam, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. GAul hingga semua sebati.
  3. MAsukkan santan dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan garam.
  4. Kemudian masak adunan hingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.
  5. MAsukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.
  6. Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili dia atas adunan tadi.
  7. Kukus lagi selama 15 minit. & SIAP








Laporan Masakan Bergambar (5)

Dah_potong
10-07-2008
Ni Kuih yang dah potong...
Laporan oleh: maryam81
Talam_berlauk_ayam
12-07-2008
Buat petang semalam. Hubby kata sedap. Balance bawak gi ngaji malam tadi, kawan2 siap mintak resepi dan ajarkan cam mana nak buat. Udang kering tu pun saya masukkan dlm adunan tepung jugak. Sedap!!!
Laporan oleh: rossitamz

ross.. terima kasih kerana mencuba..sodap ngan sonang nak buatkan..

Kueh
17-07-2008
memang best la kueh ni..lemak je...senang pulak tu nak membuatnya..tq sebab kongsi resepi
Laporan oleh: quinnie

sama-sama..senangkan tak perlu nak perah kelapa.. hehehe

Talam
22-07-2008
Nie kali ke-2 saya buat baru menjadi..mmg sedap+lemak. First time buat..silap adun..bila kukus..jadik lembik x bole dipotong..kebetulan.kuih nie..peberet hubby i..thanks for the resepi!!
Laporan oleh: ayang77

hehehe... terima kasih kerana mencuba...

Image_244_
14-09-2008
Sedaaappp.... Makasih bebyk maryam. Sedap resipi u ni. Sikit lagi kakak i makan 1/2 talam sorg2. Buat santapan berbuka posa tadi. Sodapp...
Laporan oleh: som e one

hehehe... thanks for trying.. saya baru kembali selepas confinement


Komen (15)

10-07-2008, nananis komen :

maryam...masa masak tepung tuh campur skali ngan daun bwg+ayam+daun sup+chili merah?? klu tk masukkan dulu tkpe kan? coz kita penah tgk org buat tk masukkan pon...dh nk kukus tuh br la tabur semua mende alah tuh...


10-07-2008, maryam81 komen :

nananis.. boleh jer.. tp kite tak suka dlmnya kosong cam org jual kat pasar tu... sbb tu kite masukkan bahan2 tu sekali sebelum kukus..


10-07-2008, kasihsuci komen :

cara no.4 tu maksudnya kena masak sekejap dlm periuk ke.maaf kurang faham sikit


10-07-2008, maryam81 komen :

ak ah.. masak sekejap biar hingga naik wap guna api sederhana.. kene kacau slalu.


12-07-2008, Kak Ton komen :

Kalau tak pakai santan serbuk, tapi pakai santan dari kelapa parut, agaknya byk mana ye?


14-07-2008, maryam81 komen :

kak ton.. kalau tukar kepada kelapa parut.. santannya kene ambik 3 cawan.


17-07-2008, quinnie komen :

best ni..saya suka makan. nampak sempoi, dah buat nanti nak hantar laporan


22-07-2008, sheila_9132 komen :

saya nak tanya la... kalau kita nak guna santan cair yg dlm kotak tu.. berapa kotak yg perlu kita guna ek? ingat nak buat la... mcm sedap je tuh


22-07-2008, maryam81 komen :

sheila.. kalau nak guna santan cair.. guna yang sukatan 200ml sekotak. akak guna Santan S&P utk serbuk.. kalau yang santan cair tu.. guna M&S


28-08-2008, angahku komen :

hello maryam...tadi cuba resepi ni..teringin nak makan tp tak menjadi..lembikkk...tak tahu ape sebab..angah guna santan paket spt dlm resepi..kenalah kami anak beranak makan ngan sudu.... sedap memang sedappp...kenape yekkk???


09-09-2008, shafea komen :

salam, nak cuba buat utk bebuka ptg ni,, kakau menjadi nnt sy bagi tahu semua yee


16-10-2008, shafea komen :

salam saya dah buat memang simpel n sedap ,, maryam nak tnya ada tak resepi apam serawak yg dlm nya ada taruk kaya bentuk nya macam karipap, ssusah lah nak dpt kal KL ni.. kalau ada repinya boleh lah kongsi sama yeeee


18-10-2008, maryam81 komen :

hi angahku... aisey..agaknya air dlm pengukus dah habis kot.. to yg lembik.. sbb dulu saya pernah buat adunan dah semua betul skali air dlm pengukus kering.. menggelegak adunan dlm pengukus tu... * Shafea.. tak penah tgk lah apam sarawak bentuk karipap.. nantilah saya tanya kengkawan..kalau ada... saya letak kat sini.


24-01-2009, ijah komen :

naper talamnyer lembik ajer?? rsenye sukatan sume dah betul...aper silapnye eyykk, maryam??


19-03-2009, som e one komen :

maryam, 1st time sy buat jadi. Cuma adunan lembut sikit x boleh dipotong kena makan dengan sudu. Tapi 2nd time sy buat semua ok termasuk air pengukus pun ok tapi adunan menggelegak, habis melimpah keluar. Sedih sy tengok udang kering sy masuk dlm air pengukus. Yg tgl adunan tepung yang lembik sgt. Napa ya maryam?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu