Google+

oleh: Isya_Irfan Muffin Kelapa Pandan

Image_01_

Asyik coklat jer...meh try pandan plak.........


Created on : 09-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Isya_Irfan




Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 1 cawan tepung naik sendiri (boleh tambah/kurangkan tepung ikut kepekatan adunan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan marjerin/mentega
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan kelapa parut kering
  • 2 sd besar susu tepung
  • 3 helai daun pandan -dikisar bersama 1/4 cawan air dan ambik jus
  • 1/2 sudu kecil ovalet
  • Esen pandan, beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara

  1. Masukkan jus pandan kedalam periuk dan panaskan. Masukkan juga gula pasir dan susu tepung. Masak hingga semua sebati.
  2. Pukul telur dengan mentega dan minyak masak hingga gebu. Masukkan esen pandan,perwarna hijau dan ovalet
  3. Masukkan jus pandan tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,diselang seli dengan kelapa parut,hingga mendapat adunan yang tak berapa keras, tak berapa cair...kalau ter-keras, boleh lembutkan dengan susu cair.
  5. Sendukkan ke dalam acuan muffin (3/4 penuh) dan bakar dengan suhu 180'c selama 40-45 minit/sehingga masak.
  6. SELAMAT MENCUBA

Tag

muffin








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

09-07-2008, zila66 komen :

yani! yani!! sy dh jumpa...'muffin' yg pkai cwn..t'ksih bykk..isya irfan nnti sy cuba...... best... TQ...


10-07-2008, maryam81 komen :

tul tu ISya.. dah jemu gak ngan coklat..nak try lah muffin pandan ni.. kebetulan kat umah.. semua bahan2 ni ada lg...thanx ya...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu