Google+

oleh: SueMan Kupang Berlada

S4020969

Sempoi tapi sedap.


Created on : 08-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi SueMan




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1kg Kupang (berkulit)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Kunyit (ditumbuk)
  • 5 sudu cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 btg serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • Garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing. Kemudian masukkan serai, tomato, sos tiram dan sos cili.
  3. Masukkan kupang dan kacau sebentar. (Tambah air jika suka kuah lebih)
  4. Agak2 kupang dah masak, masukkan hirisan bawang besar dan daun kunyit. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

Tag

seafood

Laporan Masakan Bergambar (1)

Kupang_grg_cili
23-06-2011
alhamdulillah jadi jugak masakan sy wpun 1st time try.. thanx...
Laporan oleh: Asyikin Zainal

Thanks sudi cuba resepi ni syikin... simple je tp sedap kan... heheh



Komen (4)

09-07-2008, untielong komen :

Amboi mak.. melintang2 ko nyer serai.. hehehehe tp nampak sedap... bru2 nie ada buat lala berlada.. nak paste kat resipi dan pic kat sini.. x sempat2 bz...


10-07-2008, SueMan komen :

Hehe, tak terfikir mulanya nak amik gambar. Pastu tetiba jer amik kamera n snap. takdan nak hias elok2. Lala sedap juga, tapi isi ciput sgt. Tu pasal la beli kupang ni. Puas hati sket makan. :)


08-01-2011, azlynadreens@yahoo.com komen :

masa npk kupang kat pasar....tringat lak masa mkn seafood ngan family..so ni yg nk mencuba...jrg sbnonye pon kupang ni trmsk dlm list lunch kat umah...nak tuka2 selera...x le asik ayam,ikan,daging...n bla2...tq sueman...


16-06-2011, Asyikin Zainal komen :

smlm try masak ni utk dinner... sedap!!! thanx 4 the recipe... tp trlupe nk amik gmbr la...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd