Google+

oleh: shartiyah Roti Bun Kacang Merah Atau Daging Dan Juga Sekaya

Dsc00039

Simple, cepat, berkhasiat dan yang pentingnya....... SEDAPPPPPP!!!!!!!!!Sesuai untuk seisi keluarga.


Created on : 05-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shartiyah




Bahan-bahan ( 20-30 biji )

  • 300g tepung high protein@tepung roti
  • 200g tepung low protein@tepung gandum biasa
  • 100g gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu bread improver
  • 1 biji telur (kuning telur)
  • 60g margerine
  • 250ml susu segar
  • 11g yeast (yeast serbuk)
  • 1/2 sudu bread softener (kalau nak roti jadi lagi lembut)

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar dengan low speed selama 5 minit.
  2. Kemudian putarkan doh dengan high speed selama 10 minit.
  3. Keluarkan doh dan uli sebentar (uli dengan lembut).Tambahkan sedikit demi sedikit tepung jika doh terlalu lembut.
  4. Potong doh menjadi 20-30 biji, kemudian bentukkan bulat-bulat doh tersebut.
  5. Ambil sebiji demi sebiji doh tadi dan ulikan menjadi sederhana leper. Dengan menggunakan jari,leperkan bahagian tepi doh tadi. Lastly masukkan inti kacang merah.
  6. Biarkan doh tadi kembang selama 40 minit.
  7. Sapukan dengan telur, bakar dengan suhu 170F selama 20 minit.
  8. P/s* Untuk inti bun, kalau tak nak inti kacang merah, boleh masukkan inti daging ker, sekaya ker...ikut citarasa anda dan keluarga...

Tag

roti

Laporan Masakan Bergambar (15)

Dsc03712
08-07-2008
hehe ~ hari roti sedunia ~ , resepi ni x byk beza ngan resepi2 bun yg ada kat sini .. tp nak cuba gak .. semesti diisi ngan inti sardin versi senang habis kat rumah ni .. kikiki ... tQ shartiyah
Laporan oleh: yatiezaini
Image004
08-07-2008
tima kacih 4 the recipe...mmg sedap dan gebu...satu hari je dah abis mkn...anak2 kata mcm kat kedai...hehehe..
Laporan oleh: zaijulha
Image_01_
11-07-2008
Dh banyak kali buat..sedap dan lembut..thanks
Laporan oleh: Isya_Irfan
Image_180_
21-07-2008
thanks sha...f1st time wat dah menajdi-jadi roti nih...setiap biji tu inti lain2..rasa pun sedap...lembut...makan time panas2 fuhhhhh....terangkat.....
Laporan oleh: rizaida84
Roti
02-08-2008
Lembut dan sedap. Kak Mas buat inti kari ayam..time kasih
Laporan oleh: MasDiana
Image009
27-12-2008
YAHOO...menjadi bun sy...
Laporan oleh: sitinor
Zoombun
04-02-2009
buat lg ujung lepas, adik dr kedah datang, siap tapau bwk blk kg...
Laporan oleh: sitinor
Bun_lemak_manis
09-03-2009
saya lebihkan gula dan buat bulat2 kecik2, tak letak inti. Senang anak2 nak makan..Tq share resepi yg sedap ni.
Laporan oleh: kakyush
Dsc06533
01-02-2011
baru jer buat...lembut dan gebu roti ni
Laporan oleh: mass80
Myresepi_002
12-03-2011
sedap dan lembut walaupun tanpa t.roti..mmg leh buat lg t.ksh tuan empunya resepi...
Laporan oleh: zara07
Img_1406
14-03-2011
Seronok sgt2.... first time buat menjadi . lembut dan gebussss.... sedap plk ptg2 ni mkn dgn kari daging . Terima kasih ye kerana berkongsi resepi . Yg tak berjaya , jgn putus asa . Cuba lagi dan cuba lagi . Mesti berjaya .
Laporan oleh: finas74
P5071364
10-05-2011
sedap..tapi terlebih garing bahagian atas...nasib tak hangus..pe2 p lembut macam beli kat kedai jea...tq
Laporan oleh: cheq da
Nov2011_152
17-11-2011
dah lama tak buat..teringin nak makan roti buat sendiri..wangi satu rumah masa masak!
Laporan oleh: kakyush
180320123112-001
18-03-2012
Finally..Buat malam tadi...roti bun ku yg pertama.
Laporan oleh: sah
20120330_133607
30-03-2012
sedap. inti kaya n tuna. tq.
Laporan oleh: idasaini


Komen (54)

05-07-2008, Isya_Irfan komen :

shartiyah,tak perlu rehatkan doh, dan kemudian tumbuk keluarkan angin ker.. saya dh excited nk buat ni..br lepas balik beli barang2 nk buat roti kat Yen Bakery


06-07-2008, shartiyah komen :

Doh tu tak perlu direhatkan.Lepas uli, terus masukkan inti,kemudian baru rehatkan dalam dulang selama 40 minit sebelum di bakar.Nanti doh akan jadi dua kali ganda.....kalau nak roti nampak cute, setiap doh tu buatlah kecil-kecil dan pastikan letak dekat-dekat dalam dulang bakar nanti. Selamat mencuba yer....


06-07-2008, zaijulha komen :

sha...kalau uli ngan tgn or pakai bread machine x pakai mixer boleh ker?


06-07-2008, zaijulha komen :

1 biji telur(kuning telur)tu masuk sekali dlm bhn or utk sapu atas roti?tq.


06-07-2008, quinnie komen :

bestnya dapat makan roti..saya inti kaya pun tak try lagi resepi ni..bila la agak2 nya dapat makan roti sendiri...


07-07-2008, shartiyah komen :

Hai Isya_Irfan, dah buat ker belum roti bun nie....? Kalau dah buat jadi tak?Kalau tak menjadi...jangan putus asa yer...cuba lagi...InsyaAllah, jadi nantinya.


07-07-2008, shartiyah komen :

Zaijulha...Adunan nie boleh diuli dengan tangan tapi agak "penat" sket la tangan nanti...better gunakan breadmaker kalau ada....kalau kat rumah cuma ada mixer yang biasa pun boleh juga... Telur kuning tu masukkan sekali bersama bahan-bahan lain untuk diadun bersama. Untuk sapu atas roti nanti pun guna telur kuning juga, spare la satu biji telur kuning yang lain sama yer...petuanya,ambil sebiji telur kuning dan campur dengan 2 sudu besar susu cair,kacau sebati then barulah sapu keseluruhan roti tadi...kalau rajin sapulah 2 atau 3 kali....biarkan sebentar baru dibakar.


07-07-2008, shartiyah komen :

Kalau nak nampak roti agak "shinning" sket...lepas keluarkan dari oven sapukan dengan mentega yang dicairkan dengan sedikit gula kastor masa roti tengah-tengah panas....biarkan sebentar....pasti hasilnya lagi memuaskan...


07-07-2008, Isya_Irfan komen :

shartiyah...roti u memang sedap, lembut...thanks for resepi..cuma tak sempat nk snap gambar..masa minum petang, jiran sebelah pun joint sama..sempat selamatkan sebiji jer untuk anak..tp esok nk cuba lagi..dan ambik gambar....penat menguli berbaloi dengan hasil yang lembut, gebu dan sedap...tak payah tunggu bai roti dh..


07-07-2008, yatiezaini komen :

esok nak buat lah .. sambal sardin pun ada nih .. alter skit blh wat inti sardin kan ... ;-)


12-07-2008, shartiyah komen :

Yatiezaini, cubalah resipi ni...tak rugi...kalau ada sardin lebih ke,sambal bilis ker, serunding ker,sekaya ker kat rumah tu,..buat ajer roti ni...licin nanti..hihihi..promote pula nampaknya... :)


12-07-2008, shartiyah komen :

Isya, saya pun selalu juga buat roti ni...cuma inti ajer yang berbeza-beza...bukan apa, sorang anak ni tak suka makan nasi,kalau roti tu memang "angkut" memanjang lah...kejap-kejap ke dapur. Tu yang saya suka buat roti ni....boleh dipelbagaikan...


13-07-2008, yatiezaini komen :

hehe startiyah .. dah cubo pun .. dan dah hantar laporan pun .. sedap .... tQ ;-)


25-07-2008, smarina komen :

shartiyah, kalau guna tepung gandum biasa boleh tak? Lagi satu, bread improver tu utk apa lak? Saya teringin nak buat roti sendiri tp tak tahu sgt bhn-bhn dlm kuih-muih ni. Saya pernah buat sendiri tp roti saya keras di luar. Tolonglah ye....


26-07-2008, shartiyah komen :

Firstly saya nak ucapkan tahniah pada semua yang cuba resipi nie....tahniah yer.. :) Alhamdulillah..kebanyakan yang first time buat tu dah menjadi.....tapi yang pastinya jadikan roti bun nie sebagai kesukaan anda semua... :)


26-07-2008, shartiyah komen :

smarina, untuk pengetahuan ina,mula-mulla pun saya nie "rabun" juga nak buat roti nie. Bila tengok resipi roti ajer, dah rasa susah.Tapi bila dah cuba... ada yang jadi ada yang macam "tak siap" ajer...yang penting jangan putus asa... cuba lagi. Tepung gandum biasa pun boleh juga....tapi kalau tak letakkan bread improver dan bread softener...tekstur roti tu kurang menjadilah...tak lembut..tak halus...sebabnya kita guna tepung gandum biasa...lainlah kalau kita guna tepung roti yang betu-betul tepung roti...tak masukkan bread softener dan bread improver pun tak apa...bahan-bahan nie untuk memberi tekstur roti lagi halus dan lembut...ok? Kat kebanyakan pasaraya ada jual....kalau nak senang lagi,cuba pergi cari kat kedai menjual bahan-bahan kek...Nanti bila dah buat,jangan lupa letak laporan bergambar yer...


26-07-2008, orang_bujang komen :

smarina....kulau susah u nak dapat tepung roti,u cari ajer jenis tepung dari jenama Blue Key....dijual dalam kotak kat pasaraya2 atau kedai jual bahan2 kek... Superfine Flour (tepung halus) = cake flour, high protein flour = Tepung Roti & utk buat pau, low protein flour.


30-07-2008, are_num komen :

iii shartiyah....bread softener tu shortening ke?


03-08-2008, ezah_2711 komen :

hi shartiyah,resepi awak nie mmg syok,rasa mcm nak try,tapi bahan ada yg tak tau jugak.so tu yg nak minta tolong ckit, boleh tak kasi gmbar bread improver tu? n bread softener tu shortening ke? makaci atas infonye ye..


06-08-2008, nurnikisha komen :

resepi ni mmg superb!!!roti jd sebijik cam kat kedai..sedap...lembut n gebu...iskkk...pendek kta resepi ni mmg best sgt!!!tq :)


13-08-2008, shartiyah komen :

hai anum. Bread softener is bread softener...and shortening is shortening....very different. Bread softener untuk melembutkan roti...tambah-tambah kalau tak guna tepung roti...just tepung gandum yang high protein,..inilah functionnya..untuk melembutkan struktur roti...Meanwhile shortening pula selalu digunakan untuk pembuatan kek.Functionnya untuk menyeimbangkan kek...rasanya tak jumpa lagi resipi nak buat roti yang menggunakan shortening..


13-08-2008, shartiyah komen :

Ezah...cuba la buat roti bun nie...macam manapun mesti jadi juga...kalau ezah nak buat roti apa-apa pun...nasihat saya jangan lupa masukkan bread improver dan bread softener...semua nie memberi kesan pada struktur roti...kat pasaraya pasti ada jual benda-benda ni...atau cuba cari kat kedai membekal bahan-bahan kek...selamat mencuba yer...:)


13-08-2008, shartiyah komen :

Kepada semua rakan-rakan resipi yang telah mencuba resipi nie..samada menjadi atau separuh jadi...terima kasih kerana mencuba resipi nie...nanti kalau ada resipi yang simple dan sedap..saya akan send yer....


13-08-2008, yatiezaini komen :

salam shartiyah .... u blh balas balik komen kat laporan bergambar tu .. gi kat yr dapor then clik kat this resepi pastu scroll ke bwah then kat situ ada gambar2 yg dah try yr resepi termasuk den ler tu kikiki .. then ada satu kolum kat bwh gambar tu .. hah .. kat situ ler u blh bls yr komen .. so kita dgr apa kat pengkritik ... hehe ... slmat menberi kriitikan ... ;-)


14-08-2008, shartiyah komen :

ezah, untuk mengetahui lebih lanjut "rupa paras" tentang sesuatu bahan tu, cuba tengok dalam glossary. Saya dah check kat situ ada gambar bread improver dan bread softening...bread softening yang biasa saya guna dalam membuat roti adalah dalam bentuk serbuk....mcm bread improver....


14-08-2008, shartiyah komen :

maaf...bread softener....typing error....


22-08-2008, matsentol komen :

nak tanya sket...? kenapa aku masak roti bun tapi ..... bila dah masak roti bun tu merekah. iskk payah lah. tersembur keluar isi nya.tolong komen sikit.!! ke ada resepi rahsia yang tak bagitahu nie...? dah feedup buat roti bun nie baik beli kat kedai ajer baru $1.80.


15-09-2008, mama haris komen :

Dah buat juga...sedap...sy buat inti sri kaya...alang2 dapat sri kaya malaysia kat kedai cina ni...dok negara tak de sri kaya ni payah lah....jadi bila dah jumpa tu..guna kan sebaik mungkin...:) buat bun....anak pun suka...nanti nak buat lagi..laporan akan menyusul kemudian...;) Jazakallah 4 sharing...


17-09-2008, shartiyah komen :

:) terima kasih kerana mencuba resipi saya nie... syabas untuk mama haris kerana "menjadi" roti bun ni yer. InsayaAllah jikasaya ada resipi lain, saya akan beri lagi yer....Mama haris boleh juga pelbagaikan inti bun nie....kalau letak inti sambal daging juga sedap.... :)


17-09-2008, shartiyah komen :

Mat sentol....jangan mudah putus asa...ayat tu macam frust ajer! Hairan saya, apasal orang lain buat roti bun ni menjadi ajer....mat sentol sorang ajer yg tak jadi..... oklah, nasihat saya pada mat sentol,kalau dah banyak kali buat tapi tak jadi, cukuplah wat bazir bahan ajer.... lebih baik beli kat kedai....cepat dan tak bazirkan masa....tapi belum tentu terjamin kebersihannya....


01-11-2008, Bujang_Senang komen :

wah sedap nyer hingga menjilat jari. 2 tray saya sorang makan.


01-11-2008, shartiyah komen :

Tima kacih BS sebab menjadi buat roti bun nie yer....amboi!sampai 2 tray sorang makan ker...? nie mesti buat makan bfast, lunch, teatime,dinner ngan supper kan...?? Yerlah, orang bujang katakan....hehehe... :)))


08-11-2008, koi komen :

kalau nak lembut lg wat teknik span n doh..


13-11-2008, shartiyah komen :

Emm...good idea!...But, teknik nie pun dah kira ok...sesuai untuk mereka yang baru belajar nak buat roti bun. Walaumacam manapun thanks very much untuk suggestion tu yer...


22-12-2008, sitinor komen :

hai satiyah, sy teringin nak cb resepi u, semalam sy ada buat roti, tapi kaler putih ja, tak perang macam roti u punyer, api oven atas ngan bawah lain-lain ke?


22-12-2008, sitinor komen :

saya lagi... tolong yer, sy tengah dok semangat nak buat roti ni...


24-12-2008, sitinor komen :

hai shartiyah, saya cuba lagi semalam, sedap sekali,,,tq, tapi tak pandai nak upload picture...


27-12-2008, sitinor komen :

he.he. dah pandai upload picture dah...tapi nak ty skt , kl perap doh sampai pg boleh tak?..sebab sy ulu n masukan inti malam, then bakar pagi...some idea pls...tq


24-01-2009, cilipadi komen :

nak tau bread improver dgn bread softener tu guna sukatan sudu kecik ke besar? Ingat esok nak cari barang2 n nk cuba buat.....


20-04-2009, ely08 komen :

saye da wat da bun ni tp inti sardin,... ermm,.. sadep sgt,... lembut n gebu sgt jd nye bun ni,.. next time saye upload pic k,... anyway thx 4 d recipe,...


24-04-2009, anisue komen :

Salam nak tanya nape bun inti sekaya yang sy buat meleleh sekayanya keluar.inti yang lain ok je.


17-01-2011, mely komen :

Salam,kita nak ambik resepi ni.Ada masa nantikita try buat,hehehe.


01-02-2011, norjonit komen :

Salam, saya buat inti kentang/daging dapat 30 biji comel-comel, bawa pergi rehearsal nephew kahwin last Sabtu. Sekejapan bakul licin tinggal alasnya saja. Sampai kedua pengantin tak dpt rasa. Adik ipar terus order 50 biji lagi nak bawa pergi Fraser's Hill CNY lusa. Memang best, lembut dan menawan. Yang penting sedap......tqvm.


01-02-2011, norjonit komen :

Oh ya lupa nak bagi tau...saya tukar fresh milk kepada full cream milk, marjerin dengan butter dan dah sapu telur, tabur sedikit bijan...itu sebab ia sangat menawan...tq again...


01-02-2011, ezralovescook komen :

wah,cnteknye roti...brkilat je...i nk try!


07-02-2011, syikin1201 komen :

komen mcm cilipadi jgak... sukatan bread improver dgn bread softener tu sudu teh ke, sudu bsar?


14-03-2011, finas74 komen :

Syikin , td Finas gunakan sudu teh . Cubalah buat . mmg puas hati la .


13-04-2011, syikin1201 komen :

thank u finas.. punya lama nak try roti ni sbb bahan2 dah bli dah.. kalau jadi nanti leh upload gmbar.. hehe..


02-05-2011, nicesky1 komen :

Asslm semua...sapa2 yg ada idea baik punya pasal menu ni, tlg lah kongsi kan ye...dr A-->Z. Saya nak tanya, nak bakar pakai apa ye, oven mahal ke atau microwave oven yg biasa kat rumah tu!? tlg hntr maklumat ke nicesky1@yahoo.com ye..plzzz, wslm.


14-05-2011, lin2011 komen :

pernah buat roti nie sedap


27-09-2011, tinie3011 komen :

bread softener dgn dough softener sama tak?


13-11-2011, Dak Comel komen :

nak tanya... kalo sy guna susu tepung boleh ke?? lagi 1 dlm resipi ni mmg tak gunakan air ke??


17-03-2012, sah komen :

baru siap uli doh td...tgh tunggu kembang..harap2 jadi la..


29-09-2012, Snur komen :

Yes!!mnjd 1st prcubaanku mmbuat roti bun yg tr....amat lmbut ini.trima ksh kongsi rspi..len kali blh buat lg..syukran..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd