oleh: shus Gulai Ikan Sembilang Kulit Rambai

No picture

Nie satu lagi masakan asli Negeri sembilan. Orang Negeri, mana boleh lari dari masak lemak cili api. Lagipun kami masak tak guna bawang putih atau bawang kecil. Di situlah keaslian masakan gulai lemak cili api!!!!


Created on : 01-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 ekor ikan sembilan yang telah dibersihkan dan disalai.
  • 2 biji kelapa yang telah diperah. Asingkan pati dan kaba.
  • Segenggam cili api, ditumbuk hancur(lagi pedas lagi best)
  • Kulit buah rambai. Asingkan daripada isinya.
  • Sedikit garam kasar.
  • Sedikit kunyit hidup ditumbuk hancur.

Cara-cara

  1. Masukkan kaba santan, cili api dan kunyit ke dlm kuali dan hidupkan api. Kacau santan tersebut supaya tidak meruap/ bertahi minyak.
  2. Kemudian masukkan ikan, kulit rambai dan pati santan. Kacau sehingga santan masak dan masukkan garam kasar. Tak perlu letak asam keping kerana kulit rambai dah cukup masam!!
  3. Angkat dari kuali dan hidangan sedia dimakan. SELAMAT MENCUBA!!!




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu