Google+

oleh: AlongRoz Cream Puff Coklat

38

Resipi yang best tapi mudah & cepat.


Created on : 27-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi AlongRoz




Bahan-bahan ( 3 dozen )

  • 1 cwn Tepung gandum
  • 2 sb Serbuk Koko
  • 1 cwn Air
  • ½ sk Garam
  • 1 sb Gula
  • ½ cwn Mentega tanpa garam
  • 4 biji Telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung & serbuk koko.
  2. Panaskan bhn2 yg lain kecuali telur sehingga butter cair. Tutup api. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul.
  3. Paipkan atau sudukan ke atas dulang pembakar yg di minyakkan. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.
  4. Untuk membuat kastad coklat, letakkan 4 biji telur kuning, 100g Gula, 60g Tepung, 600ml Susu, & 80-100g Coklat ke dlm periuk & kacau sehingga pekat & menggelegak
  5. Kalau rajin, boleh buat topping coklat cair atau pun guna coklat fondue.









Laporan Masakan Bergambar (3)

Img_2967_1_
11-11-2008
dah siap ni... TQ along..
Laporan oleh: zana08

Uiiih, menggoda sungguh CP mu itew....!

Dsc05085
24-12-2008
dah siap gak, .. tp x lembut ler sbb org yg mbuatnya tersgt ler keras tgnnya ,ehehe !!! along blh bagi tip skit ???? inti letak instant custard sbb dah thp M .. mmmm .. tQ ;)
Laporan oleh: yatiezaini
Pic
23-05-2011
Along, saya gandakan kuantiti coklat untuk kastadnya.. sedap sangat! Hb pun kata sungguh sedap.. terima kasih Along!
Laporan oleh: LynnSham

Komen (6)

27-06-2008, musliha komen :

sedapnya cream puff congkolat.. akan ku try nanti.. saya pernah buat crean puff guna tpg gandum tp x jadi rongga dalamnya.. nape jadi mcm tu?


28-06-2008, AlongRoz komen :

musliha, rasa nya bancuhan tu panas sgt waktu + telur, sbb tu kena tutup api baru + tepung, pas tu bila dh kacau sebati ia akan suam2 saja ready utk + telur. Klu ikut step yg along berikan, tentu jadi.


13-09-2008, analiza82 komen :

macam best ja..slalu makam cream puff biasa ja..x mnarik sangt..saya suka coklat so..nak kan ku cuba resipe ni..wish me luck!!


24-12-2008, Nurzynata komen :

Hai kak along,sya nak tanya berapa sukatan sudu kecil bgi garam dan cawan bgi mentega.Tq sya nak cuba buat besok :)


05-05-2009, eifa komen :

Aslmkm..Along;) huhu sedihnyer buat xjadipun.. kenaper rupanyer xmcm alongnyer.. cair la bler eifa nak bakar,naper yer.. tp dah ikut sukatan.. mungkin ker sebab terlebih butter..


27-02-2012, zanauciee komen :

nak try buat sbb ni feveret ,,,tp xde oven ..... huhuhuhu nmpk menyelerekan tui ...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd