oleh: donut Donut Pesona

Donut

Donut lembut, boleh disejukbeku dan kurang berminyak. Boleh berniaga.


Created on : 27-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20 biji sederhana saiz )

  • 3 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 2 SUDU BESAR GULA
  • 11 GRAM (1 PAKET KECIL) YIS
  • 2 SUDU BESAR AIR
  • 3/4 CAWAN SUSU CAIR
  • 1 BIJI TELUR
  • 3 SUDU BESAR MAGERIN/MENTEGA
  • 1/2 SUDU KECIL GARAM
  • 1 TITIK ESEN VANILA (JIKA MAHU)
  • 1 TITIK ESEN ROS (JIKA MAHU)
  • 1 1/4 SUDU TEH PELEMBUT BIO BOSTAN (http://www.resepiniaga.com)

Cara-cara

  1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
  3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
  4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
  5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
  6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
  8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
  9. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

Tag

donut




Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc03788
28-07-2008
try resepi yg ni pulak, versi yang belum bersalut gula .. lembut .. tQ donut
Laporan oleh: yatiezaini
Img_3900
30-01-2009
tak letak pelembut.. tetap lembut n gebuss..TQ donut
Laporan oleh: zana08
Donutpesona
21-02-2009
try resepi nih pulak! lembut juga! tQ donut!
Laporan oleh: hana6877

Komen (6)

28-07-2008, Isya_Irfan komen :

yatie...guna pelembut bio bostan ker??


28-07-2008, yatiezaini komen :

yup, Isya .. saya guna pelembut bio bostan .. beli kat kedai bakery ..


28-07-2008, hana6877 komen :

wah k.yatie...gebunya donutmu itu!


28-07-2008, yatiezaini komen :

hana .. mgkin kah diriku segebu & semontok donut ku ... ooohhh !!!! tidak !!!!!!


29-07-2008, hana6877 komen :

tgh bayangkan...camne sebenarnya rupamu wahai k.yatieku! hehe...


14-08-2008, NurKasHa komen :

kalau x gune pelembut tu blh ke?? ade benda lain yg boleh digantikan??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu