oleh: sofieza Gulai Lemak Pisang

Picture_188

Masakan kebiasaan


Created on : 27-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sofieza




Share


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 10 biji Pisang Emas ~ masih muda
  • Santan secukupnya
  • 1 biji Cili Merah ~ dibuang biji
  • 7 biji Cili Api
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
  • Sebekas air bergaram ~ elak pisang menjadi hitam dan lebam

Cara-cara

  1. Siat kulit pisang. Tapi jangan sampai ke isinya. Kulit dan isinya dimasukkan ke dalam air bergaram. Biarkan terendam sementara menyediakan rencah kuah.
  2. Tumbuk cili merah dan cili api bersama sedikit garam hingga lumat. Masukkan ikan bilis. Tumbuk sedikit. Tak perlu hancur sangat.
  3. Tuangkan santan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga pisang yang sudah dipotong tadi.
  4. Gulai ini mesti sentiasa dikacau dan api kecil. Takut santan pecah nnti kurang enak dimakan. Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

Tag

gulai


Laporan Masakan Bergambar (2)

1_024
15-05-2009
Tak guna cili merah pun, pakai cili padi jer..sedap..thanks Fiza !!
Laporan oleh: Mummy7857

podeh berapi le gulai ko ni noorma.a'way tq ye... :)

Lemak_pisang_muda
19-08-2009
alahai Fiza..sesekali mkn lauk nih mmng terangkAt...heheee...tapi akak tmbh lada hitam sikit, kasi kick sama dia...hahaaa...TQ Fiza... :D
Laporan oleh: kak fida

Komen (5)

27-06-2008, sha_87@ymail.com komen :

teringat kat mak......kalau kat kampung,lauk nilah yang mak selalu buat....Sedap.Memang simple, tapi air tangan mak memang FUYOOHHH!!!wallah.


27-06-2008, sofieza komen :

air tangan mak sendiri sape la boleh lawan kan???


27-06-2008, sofieza komen :

tp sekarang dah duduk sendiri kenalah buat sendiri...


03-07-2008, salmin komen :

Ni....lah masakan dulu-dulu yang paling enak.... em.. kalau bangsa berunai di sabah.... sayur pisang ni enak di makan semasa makan ambuyat.....@sssyt..


03-07-2008, salmin komen :

Ee....deh...., pisang tua masih mentah buang kulit luar dan dihiris, rebus sekejap pas tu.... tumbuk belacan, cili padi, garam, dan sedikit gula. Bubuh santan.... bilis ganti dengan udang... em...tak tau apa nak cakap.... buat baru tau!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu