oleh: ms.protective Otak² Ikan Lazat

Image211

Nampak rumit tapi senang bangat .....sedap dimakan begitu sahaja... ala cekodok gitu! buat ibu².. anak² pasti gemarkannya..


Created on : 26-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ms.protective




Share


Bahan-bahan ( ( 5 - 6 orang ) )

  • * 1/2 ikan sardin/ikan kembung (ikut suka) diambil isinya shj
  • * 1/2 biji kelapa parut
  • * 3/4 ulas bawang merah
  • * 1 inci halia
  • * segenggam daun kesum dihiris halus
  • * 1 biji telur ayam
  • * garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Isi ikan yg telah diasingkan dari tulangnya ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mangkuk utk diuli
  2. Teruskan menumbuk dgn halia,bawang merah dan kelapa parut dan campurkan ke dalam mangkuk isi ikan td
  3. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata
  4. Masukkan daun kesum yg dihiris halus ke dlm adunan dan terus gaul sehingga sebati
  5. Tambahkan bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya
  6. Pecahkan telur ayam sehingga adunan boleh dibentuk
  7. Bentukkan adunan menjadi bulat dan penyekkan seperti begedil sehingga selesai
  8. Gorengkan ia sehingga berwarna kekuningan.
  9. Sedia dihidangkan. Anggaran 20 ketul.
  10. Boleh dimakan sahaja atau dimakan dengan nasi
  11. P/S:Jika inginkan lebih bnyk,cuma gandakan adunan kpd sekilo ikan dan begitulah sebaliknya. Selamat Mencuba!

Tag

ikan


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

28-06-2008, adiezx komen :

emm ley tanya x? rase dia macam otak2 yang bakar dalam daun 2 ke? nyami...wawawa


28-06-2008, adiezx komen :

kelapa parut 2 yang mana ek? yang wat makan apam?atau pati kelapa?


29-06-2008, ms.protective komen :

ehmm.. lebih sedap lg kot adiezx.. kekekek... klw pernah mkn solok lada (kelantan food yg mnkn ngan nasi kerabu) tu or sata (yg bentuk segi3 bkr dlm daun2).. lebih kurang je, cuma yg ni digoreng.. cubalah!


29-06-2008, ms.protective komen :

kelapa parut tu.. isi kelapa putih tu la.. seblum jd santan.. jgn diperah pulak.. nnt jd bubur ikan.. huhuhu....


26-02-2011, aniees85 komen :

cam sedap nk cuba buat''


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu