Google+

oleh: lizacomel Gulai Kurma Daging Liza

Kurma

lauk kegemaran keluarga


Created on : 23-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lizacomel




Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1 kg daging
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 - 2 sudu makan cili giling
  • 3-4 sudu makan rempah kurma
  • 2-3 biji kentang
  • 1 biji kelapa
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1-2 biji buah tomato
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Daging dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar...Rempah kurma dan cili giling dibancuh bersama sedikit air...Kentang dipotong enam...Tomato dibelah empat...Sediakan santan daripada sebiji kelapa...
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...Apabila naik bau, masukkan pes kurma dan cili giling tadi...Apabila agak-agak garing, masukkan setengah cawan air...
  3. Masukkan pula daging...Kacau rata-rata dan biarkan rempah kurma meresap...Kemudian, tambahkan 2 - 3 cawan air...Tutupkan kuali atau periuk dan gunakan api yang kecil...Biarkan sampai mendidih...
  4. Masukkan kentang dan tutupkan kembali kuali atau periuk...Apabila kentang agak-agak empuk, masukkan cili merah,cili hijau dan asam keping...Akhir sekali, masukkan santan dan buah tomato..
  5. Biarkan mendidih selama 5 - 10 minit...Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan :P









Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc_1438
13-01-2009
liza.......dah cuba tapi tak masukkan cili giling...nanti pedas kesian kat anak2 tak boleh makan pula.
Laporan oleh: zaina
20101222_002
22-12-2010
makan bersama nasi arab mmg marveles! ;D
Laporan oleh: hamizah91

Komen (7)

13-07-2008, cute10 komen :

salam liza...,klu tak guna rempah kurma...mcm mane yek...ade idea tak....


15-07-2008, lizacomel komen :

kalau tak gune rempah kurma,bukan gulai kurma laa tu...


02-02-2009, lilot komen :

hai... nk tnya.. nk bg daging tu empok tuk msakan ini cmne ye..?


28-09-2009, areya komen :

nak bagi empuk daging masuk sudu camca yang kecil..tu, cepatsikit empuk daging..


28-09-2009, mokcik73 komen :

cute10..boleh juga kalau x guna rempah kurma yg siap tu, kita blend sendiri rempahratus aroma dia lg best..ketumbar, lada sulah, adas, jintan putih, badam atau gajus, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga...nak bg empuk cepat perapkan dulu dgg tu dgn meat tanderiser sure lembut...kat hipermarket byk jual..


11-05-2010, ummu fateh komen :

slm..sy mitak copy resepi nie ye..tq


01-02-2011, armanict8878 komen :

boleh try ni...ngah cari ideal nk masak utk suami...asyik masak sambal je..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu