oleh: dagang Mee bandung dagang

Meebandung

Perencah boleh dibuat banyak jika mahu masak untuk hari berikutnya..


Created on : 08-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • gula pasir
  • bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • Sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging (optional)
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.




Laporan Masakan Bergambar (16)

Meebandung
11-11-2006
tambah dengan fish ball dalinnasue pun sedap.. yummy3x.. tq dagang!
Laporan oleh: yani

No big deal yani...you boleh tambah apa-apa bahan ikut your family taste.

Img_2066
03-08-2007
Sedap sgt2 terubat nak mkn mee bandung akak ipar sblm ni....tima kacih
Laporan oleh: Natto

ye kea alhamdulillah so boleh lah lepas nie you masak selalu ya sebab dah ada resipi nie...

Step_by_step_231
06-08-2007
hmmm...gambar terlambat ambik laaa...mee dia tersembunyi kat bahan2 lain, apa2 pun sedapp u..mmmhhh!!!
Laporan oleh: Mat Gebu

nurnikisha untuk pengetahuan u 500 g udang itu bukan untuk buat sekali tetapi ikut sukatan u jika nak pekat u letak lebih jika tidak tak usah masukkan semua..itu sebabnya i dah bagitahu nun diatas 2. tq

Image-0039
27-10-2007
masak untuk minum ptg tadi... nice!
Laporan oleh: sunkist

i nak jawap pertanyaan nurnikisha

P6040005
11-07-2008
first time ni..alhamdulillah jd.tp husband ckp..dh lama sikit lg sedap..mungkin kuah tu baru sebati kalau biar lama2..terima kasih dagang..
Laporan oleh: animed07

Betuk kata husband you, mee ni memang lagi sedap jika biarkan lama sikit dengan kuahnya supaya dia sebati ngan semua rencah..syabas animed07

Mee_bandung_2
04-08-2008
kenyang yg amat mkn mee nih ;)
Laporan oleh: tulip77

alhamdulillah..lepas nie mesti tertido..hehehe...

P1060115
09-09-2008
memang sedaplaa!!!rugi sape x try!first time buat nie!5 bintang utk dagang!!!
Laporan oleh: farin-me

Thanks farin-me, bolehlah buat selalu ya...

Mee_bandung
08-02-2009
da byk kli buat guna resepi ni..bru ingt nk anta lporan.mmg sedap.fav hb..buat pekat2 n letak mcm2 isi..tq share resepi..
Laporan oleh: sakura>emi

you're welcome

Img_2203
16-03-2009
versi sempoi..
Laporan oleh: jacaranda

terima kasih kerana mencuba..

Mee_bandung
23-04-2009
buat lg..mmg sedap.. da byk kli buat. tq 4 the resepi yg best ni
Laporan oleh: sakura>emi

sama-sama

Mee1
16-08-2009
try resepi nih pulak! sedap jugak! mekasih yer!
Laporan oleh: hana6877

sam-sama, boleh buat tiap hari ..he he he..

___175
17-08-2009
sedap sgt...tq dagang!
Laporan oleh: are3646

Alhamdulillah, sama-sama.

Img_0015
25-08-2009
buat untuk berbuka hari ke-4. mmg menjadi resipi ni. thanx!! ; )
Laporan oleh: ayu898

welcome!!!

Dsc01165
02-09-2009
Memang sedap sgt! Ni dah 10x masak tau! Mekasih cik dagang..
Laporan oleh: ibunda82

sama-sama sebab sudi mencuba, boleh buat lagi..

Mee_001
07-11-2009
thx to dagang..ni gambr mee bandung saya 1st time buat..tapi kuah cair la..macamana nak pekatkan eh?
Laporan oleh: jingger
Canon_camera_361
09-12-2009
wat mee bandung..my hubby puji..sedap..my hb ckp dh lm cr mee bandung yg sedap mcm ni..
Laporan oleh: YusLiza_04

Komen (21)

08-11-2006, nuarliesya komen :

best nie,blh tukarkan mee dengan bihun tak dalam resipi nie?saya tak makan mee.


09-11-2006, minah komen :

macam mana kuahnya boleh pekat? taruk sos tomato ke tak? Mee ni kegemaran saya!, hari ni saya puasa - nak coba le!


09-11-2006, minah komen :

Saya suka makan mee Jawa (kuahnya dari keledek) sesiapa ada resipi ni tolong hantarkan kat saya sebab saya sekeluarga suka makan mee ni!!! Tq.


11-11-2006, admin komen :

dagang.. utk your recipe ni i letak gambar dr laporan masakan. Kalau u dah ada gambar sendiri nanti.. u boleh delete gambar ni dan letak yg u punya...ok


14-11-2006, dagang komen :

Ok thank you admin. Any way pada siapa-siapa yg dah cuba resipi ni ok ke...


05-07-2007, kiki komen :

Hubby saya Chinese, paling susah nak ikut selera dia. Tadi saya nekad cuba resepi ni bulat2 kecuali taugeh, sebab takde dlm fridge. Tengok2 hubby makan habis semua, siap puji berkali2 katanya saya pandai masak n boleh buka kedai makan nanti..hehehe..TERIMA KASIH DAGANG.. Resepi ni dah tambat hati suami saya..Nanti hari raya nak buat lagi..


05-07-2007, kiki komen :

Oh ya, maaf tak sempat nak snap pic sebab hubby dah lapar sangat! Saya juga tambahkan udang segar 5 ekor dalam masakan..


04-08-2007, minami133 komen :

500g udang kering???? tak banyak ker tuh.. 50gm kot...


13-09-2007, mamabebeh komen :

TOLONG... mama ngidam nak makan mee siput... org johor mesti tau mee siput nih. tlg bagi resepi sambal dia. or..kalau ade gambar mee siput + sambal dia skali lagi best!!


23-11-2007, nurnikisha komen :

haah ek..mmg 500g ek??anyway kish nak try jap lagik nih..harap2 jd lerrr...wish me luck!!:)


11-12-2007, wanQ komen :

mana ada mee bandung letak taugeh..buat rosak menu aje....


17-02-2008, suhaila_zaini komen :

i pun tahu buat mee bandung ni tapi i tambah kacang tanah yang dikisar sikit..resepi family..tapi kalau ikut resepi dagang ni pun sudah cukup sedap...


10-06-2008, taurus komen :

hmm..seda[nyer..x sbr nk try


03-09-2008, izza komen :

salam...eemm sedap la mee i bila i masukkan udang kering...selama ni tak pernah pun...tQ


10-09-2008, leyazakwan komen :

kalau tukar dengan daging ayam rasanya ummmph tak? Husband tak makan daging lembu jadi apa-apa pun nak masak kat umah kena ganti dengan daging ayam.


17-10-2008, liela_n9 komen :

mmm..saya buat 3 hari lepas..tapi kuahnya cair sikit..first time..sedapla bila dah masak baunya wangi...banyak suami saya makan..siap puji lagi...


16-11-2008, asmah_rusman komen :

tgh wat mee bandung nih...klu jd nnti leh la upload gmbar


18-11-2008, miszpurply komen :

klau xde udang kering mcm mane.kt cni xde jual udang kering.plis2.da lme nk buat ni.


18-11-2008, miszpurply komen :

oh ye.udang bsh j ad.yg kecik2.udang kering mmg xde.bole ke?or ad cre len?


29-12-2008, iezamel78 komen :

dah cube... memang sedap... klu ade mase hanta laporan..... tq dagang....


02-09-2009, ibunda82 komen :

Memang sedap beb!! Ni dah 10x try masak. Siap berjual lagi..!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu