Google+

oleh: Penyulawa Pencuk Nenas

Pencuk_nenas

Resipi dari arwah Emak. Dimakan bersama nasi seperti acar jelatah, boleh juga diratah begitu sahaja.


Created on : 18-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Penyulawa




Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 bijik nenas separuh masak
  • 5 biji cili merah (tambah cili api utk lebih pedas)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • belacan - dibakar
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Nenas dibuang kulit, bersihkan dan racik halus.
  2. Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.
  3. Gaulkan nenas dan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.

Tag

acar









Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00304
05-01-2013
sedapnye.......tq ye....
Laporan oleh: jun75

Komen (2)

21-06-2008, ebertna komen :

helo penyulawa...resepi ni mmg sdap.tapi saya x makan belacan so mak kita selalu buat tanpa belacan tapi campur ckit bunga kantan.wangi dan unik rasanya.sedap makan sejuk2 juga...ratah begitu saja......


27-08-2009, sukahati komen :

penyuuu..sedap giler.. x sompek nak amik gambo.. makan dgn nasi serai, kari daging untuk buka posa tadi.. mabeless..tengkiu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd