oleh: azareena Basic Potato Salad

Img_1470

resipi sendiri, sejak zaman student2 dulu. boleh modify ikut citarasa masing2 atau ikut apa bahan2 yg ada dlm fridge :-)


Created on : 17-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi azareena




Share


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 4 biji kentang (saiz sederhana)
  • 1 biji telur rebus
  • 1/2 cawan mayonis
  • garam + pepper secukup rasa
  • jus lemon (optional)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang, potong dadu tapi jangan terlalu kecil (~6-8 bahagian utk sebiji kentang). Rebus hingga empuk. Make sure jangan terlalu empuk, takut hancur semasa digaul dgn salad dressing.
  2. Utk salad dressing, lenyek kan telur rebus. Masukkan mayonis & kacau hingga sebati.
  3. Masukkan garam, pepper & jus lemon dan kacau lagi. Boleh juga tambah daun bawang, parsley, etc.
  4. Tuang salad dressing ke atas kentang yg dah disejukkan. Gaul perlahan2 supaya kentang tak hancur.
  5. Simpan dlm peti sejuk. Hidangkan sebagai side dish utk western food - ayam goreng/steak/etc.
  6. Note: Dalam gambar di atas tu, saya tambah jagung, capsicum merah, hijau & kuning.
  7. Boleh tambah other veggies - celery, carrot, tomato kalau suka. Tambah epah hijau pun sedap.
  8. Utk buat inti sandwich pula, boleh tambah tuna atau shredded chicken (leftovers).
  9. Selamat mencuba! :-)


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

18-06-2008, phaywah komen :

tak ada cara- cara menyediakanhidangan ini


19-06-2008, laydee'gha komen :

dah lama teringin nak buat..tapi tak reti..ni baru nak cuba..erm..kalo takder jus lemon takpe kan?


19-06-2008, azareena komen :

a'ah, tak de jus lemon pun tak pe sbb mayonis tu dah cukup actually. satu lagi, masa bancuh salad dressing tu, bubuh garam extra sket sbb nanti takut bila dah digaul dengan kentang, tak cukup masin. selamat mencuba! :-)


20-06-2008, nor_67 komen :

apa kata masa rebus kentang tu letak garam skit, supaya rasa kentang tu lebih sedap.. tak payah lah masukkan garam lg dah lepas tu...


20-06-2008, azareena komen :

boleh juga tu. :-) thanks for the suggestion. saya tak kuat masin orangnye, selalu bubuh garam pun sikit2 je. terpulang ikut citarasa masing2.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu