oleh: noorana sultana bars

Butter_raisin_cake__1_

kek yang guna sultana , boleh raisin (kismis ) aau mixed fruit pun samer jer. bakar dlm loyang loaf tin 23x13x17cm


Created on : 10-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang kot )

  • 125g butter
  • 2/3 cwn gula kastor
  • 2 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3/4 cwn sultana/kismis atau mixed fruit
  • 1 3/4 cwn tepung naik sendiri (diayak)
  • 1/3 cwn susu

Cara-cara

  1. panaskan ketuhar ke suhu 180c. Griskan loyang bakar dan alas dengan kertas minyak.
  2. Pukul butter dan gula hingga kemban dan berkrim. Masukkan telur perlahan-lahan dan pukul seketika. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
  3. Campurkan sultana/mixed fruit dan gaul. Masukkan tepung dan susu secara berselan-seli . Gunakan sudu logam. Gaulkan adunan sehingga kelihatan rata.
  4. Tranfer adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga kek kekuningan. Sejukkan kek di atas wire rack selam 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Tag

kek kismis




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

10-06-2008, maryam81 komen :

try test...


10-06-2008, maryam81 komen :

pesal masih tak nampak bahan2nya.. ish..ish..ish..tak siap taip kot... ????/


10-06-2008, noorana komen :

sabar maryam .. tgh type sambil wat keje tuh yan tregendala sebentar. kek nih kalau mak lemak boleh guna susu cair jugak. Lazat


10-06-2008, joe-kgbaru komen :

Kenapa kismis semuanya turun kebawah? Ada tak petua yg boleh bagi kismis tu sama rata atas bawah. Bukan resepi kek ni aje. Tapi utk semua resepi yg gunakan mix fruit/kiasmis. TQ


10-06-2008, azwalissa komen :

tak silap saya kena gaul kan kismis/mix fruits sume tu dalam tepung dulu sebelum dimasukkan dalam adunan.. saya buat camtu, alhamdulillah setakat nih semua kismis tak mendak ke bawah..


10-06-2008, noorana komen :

joe tu lah lupa selalu nyer gaulkan dulu kismis ngan the dry ingredients e.g tepung then baru masukkan dlm adunan. Insyalalah tak turun bawah. saya pun lupa nak buat masa baking ari tuh. Kalau u nak lagi sedap kismis tuh boleh rendam dulu dalam air panas so it will plumped up.


10-06-2008, noorana komen :

thanks azwalissa, samer ler idea kita


11-06-2008, pia komen :

nampak mcm sedap je.Tengoklah esok cuba buat tp mesti pastikan kismis tak mendap kebawah.Anyway syabas kawan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu