Google+

oleh: lizacomel Petola Gulai Lemak Putih Liza

Petola_liza

hidangan sayuran sihat lagi berkhasiat...


Created on : 09-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lizacomel




Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1 batang petola
  • 2-3 batang sawi
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • segenggam kecil ikan bilis @ udang kering
  • 1 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • *bahan-bahan tambahan* (opsyenal)
  • 1 keping tauhu
  • segenggam suhun

Cara-cara

  1. buang kulit petola yang tajam...kemudian, petola itu dipotong kecil-kecil...sawi dipotong...bawang besar dibelah empat...cili merah dan cili hijau dihiris...tauhu dipotong enam...
  2. Masak_atas_api
    masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk...perahkan santan daripada sebiji kelapa...masakkan atas api sederhana...kacau perlahan-lahan...tinggalkan senduk dalam periuk untuk mengelakkan santan daripada pecah minyak...
  3. Petola_liza
    masukkan tauhu dan suhun...biarkan mendidih...bubuh garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (8)

09-06-2008, dania76 komen :

Rajinnyer la cik liza nih msk...ader jek resepi baru dia....ala2 kg lak tuh...nice nice......


09-06-2008, lizacomel komen :

saje suke share masakan harian...hari ni masak sayur ini...alaa yg simple2 je...


09-06-2008, sofieza komen :

emp...penah masak ni dulu.tp dah lame tak masak.gantikan dengan taugey,daun kucai dan tauhu pun bolehkan?ehehek...esok da ade resepi nak masak.jadi resepi lizacomel ni nak wat ari rabu nantilah.senang hati bile da ade resepi nak masak ape dalam kepale...


09-06-2008, kak ann komen :

akak kagum dengan liza. Rajin tul masak. Akak pun dah stat merajinkan diri masak almaklumla dah tak bole makan luar. Mahal..


10-06-2008, Ruby Bee komen :

sedapnya.....suka masakan yg simple & berkhasiat camni....teringat arwah nenek...suka masak sayur macam ni....


20-04-2010, hasma_as komen :

kalau as la...as masukkan lada hitam sikit dengan isi ikan sadin/ selayang


02-04-2011, faiziela komen :

series simple... nk try mlm nie... hubby nk mkn yg nie... mknn dia msk kck2 kt kg dulu...


21-05-2011, malsyukri komen :

mcm mnarik nii..leh try gak nii


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd