Google+

oleh: sofieza Brownies Full of Choc

Img_0436

Bagi yang suke dengan coklat, patut mencubanye...


Created on : 07-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sofieza




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 250g (sebuku) butter
  • 400g coklat masakan
  • 6 biji telor
  • 2 cawan gula perang
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  5. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies.

Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn3925
23-07-2011
Brownies n choc topping n buah kiwi. Sedap..
Laporan oleh: crmsecret


Komen (30)

08-06-2008, panji komen :

waduh, tengok gambar je dah takleh tahan..camne ni. konfom kena try!


08-06-2008, dania76 komen :

coklat emulco tuh camne yek rupanya? hehe....sory sy budak baru blaja....bleh tepek kat glossary tak? nk tgk then nk bli..tq.


08-06-2008, dania76 komen :

lg....bleh kukus tk kek nih? klu tk letak coklat emulco tuh tkpe ke? ke ada perasa yg berbeza ngan coklat2 lain? eii...bape byk soalan daa.......mcm sedap jek...nk try nih...plss jwb ky...tq..


08-06-2008, sofieza komen :

panji,cube jangan tak cuba.resepi tak renyah tapi sedap sungguh!


08-06-2008, sofieza komen :

dania76,saya dah tepekkan pic kat glossary.pi la tgk.emulco senang dicari.tak usah risau.setakat ini saya tak pernah kukus.pakai oven je.takut nak suggest kat u.coklat emulco tu untuk perasa selain bertindak sebagai pewarna.so kalau dania nak rase yg lebih kick on coklat,kenalah letak emulco tu.


08-06-2008, sofinar komen :

waduh... tergodanya, mcmn nak berdaet ni


08-06-2008, dania76 komen :

tq sofieza....tak sabo nk try resepi nih.... ermm cedapnyaa.....


09-06-2008, fatinz komen :

sofinar diet keeee.....


09-06-2008, sofieza komen :

aiii, ruginye fatinz pada orang yang sedang berdiet...ehehek...sofinar jangan mare.cubelah resipi ni.terangkat!cuti jap la diet tu...


10-06-2008, wendy laba komen :

macam mana nak buat topping meleleh tu?


10-06-2008, sofinar komen :

belum diet lg... baru azam nak diet..hehehe......


11-06-2008, yatiezaini komen :

tengok gambar pun dah tguda .. isk2 .. ye lar camaner nak buat topping yg meleleh cam tu .. menggiurkn .. hihi ..


11-06-2008, sofieza komen :

kalau belum bolehla cube buat.pastu anto laporan kat sini ek. mesti jadik punyelah...brownies yang mudah dan sedap!


11-06-2008, sofieza komen :

wendy laba, yatiezaini>>toping meleleh tu saya buat dengan coklat masakan dan butter cara double boil. tapi dia cair hanya bile panas. dah sejuk dia beku la. saya pun masih mencari camane nak dapatkan topping yang meleleh dan tak membeku.same-same la kite cari.dapat nanti kongsikan kat sini yek...


11-06-2008, sofieza komen :

tapi kan kawan2...brownies ni sedap kalau dimakan begitu saje kerana rase coklatnye dah memang marvellous.x perlu toping pun x ape.


17-06-2008, Ayu61279 komen :

hm...rasanya kek k.sofi ni leh kukus tp kena tambah baking powder ke soda bikarbonat.ayu lupa la...tp mak ayu ada gitau.tujuan ditambah powder tu coz nak bg kek tu ringan skit.


18-06-2008, sofieza komen :

Ayu61279>>jgn silapla ye.resepi ini adalah brownies.bukan kek.ada beza antara brownies dan kek.brownies mampat dan padat sementara kek ringan dan ade ruang udara.klu rajin cubelah kedua2 cara.mgkin Ayu dapat bezakan.nnt kongsikan hasilnye di sini ye...


18-06-2008, zhiela_85 komen :

terliur dah ni...nak buatla...


22-06-2008, sofieza komen :

silekan zhiela.nnt da buat kongsikan hasilnye kat sini ye..


09-07-2008, yippiegurl komen :

sofieza...i dah try buat tapi nape ek kek tue tak jadik cam pic kek awak tu? kek i jadi keras and lambat masak....


27-09-2008, kahlen hashim komen :

nak tanya, serbuk coklat tu serbuk coco ke?


30-09-2008, kahlen hashim komen :

rasanya kalau tanak toping keras bole guna toping lain, bukan guna chocolate masakan guna coco, try ni 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masa sebab selalunya kalau saya buat cake chocolate saye guna toping ni.dia tak keras..soft je :)


05-10-2009, sweet banana komen :

Saya dah try resepi nih...ermm...sedap..padat n mampat... Senang sangat nk buat. tq Sofieza


09-12-2009, xaqiera komen :

da selalu buat dah.jadi my ultimate fav..hehehe.cuma kadang2 rase manis sgt...thz sofieza


03-05-2011, cikmar komen :

tq for this recipe...chewy la brownies ni...tp sy kurangkan gula half..buat 1/2 adunan...sedap


10-07-2011, ilhan_wls komen :

i dh try resepi ni. tp some adunan sy kurangkan skit...mmg sedap btul..tx sofieza


10-09-2011, brownies quinn komen :

coklat emulco untuk apa?


19-09-2011, cikgu.izzy komen :

just sharing. topping normally kalau utk choc cake, sy guna susu cair+gula icing+serbuk koko.double boil ajer. boleh diaplikasikan kalo mahu.. 1tin susu cair + 3 sudu gula aising + 1 cawan serbuk koko.kalau lambat sangat likat, tmbh lg serbuk koko + gula aising.test la rasanya supaya x pahit ;)


25-12-2011, Diyanamunirah komen :

Just nk kngsi nk buat chocolate2 cair n xkeras bila sejuk...double boil chocolate ngn whipping cream


25-09-2012, otaibaker komen :

choc cookg + whip cream = ganache, kalo wat frosting lagi cantik...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd