oleh: nurul0705 Preego Pasta

Picture_25_

Untuk penggemar PASTA SEDUNIA...(^_~)


Created on : 06-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 peket Spagethi
  • 1/2 botol Preego Traditional (ada dijual di mana2 pasaraya)
  • 1 Bawang besar dihiris
  • 2 bawang putih dicincang
  • Bagi yg suka pedas..letak 2-3biji cili
  • Daging/ayam hancur..klu xde xpe aku penah gantikan dengan fish ball, sosej & crab stick
  • Lada benggala dipotong dadu
  • Garam & aji secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali. Masukkan bawang putih yg telah dicincang, bawang besar dan cili. Tumiskan kesemuanya dan masukkan Preego traditional. Kalau tidak menggunakan daging hancur, sekiranya menggunakan sosej dan crab stick, boleh dimasukkan sosej & crab stick yg telah dipotong terus ke dalam kuali dan tumis.
  3. Dalam kuali yg lain..tumis bawang putih bersama daging hancur sehingga daging empuk.
  4. Setelah daging empuk, masukkan daging kedalam kuali yang kita tumis preego trational. Kacau rata masukkan garam dan aji secukup rasa.
  5. Masukkan lada benggala dan kacau rata. Akhir sekali masukkan spagheti dan gaul. Matikan api. Siap sedia dihidang.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

06-06-2008, azida komen :

Memang sy cari resepi ni. Ada masa nak try. Thanks Nurul.


06-06-2008, atie87 komen :

erm..nk tnya masam sgt tak preego traditional tu..


06-06-2008, nurul0705 komen :

TO:azida... hehe...mudah je resipi ni...cube la...leh gunakan kreativiti anda sndri & ikut citarasa anda..selamat mencuba=)


06-06-2008, nurul0705 komen :

TO:atie87...xdela masam sgt preego ni atie..bleh la ikut citarasa melayu..hehe


06-06-2008, shad85 komen :

hai!! wahh macam sedap je sy tgk dkt gmbar tu..nk kene try buat ni cz isteri sy suka mkn pasta ni, anyway thanks Nurul cz sudi bkongsi :)


08-06-2008, dania76 komen :

Admin....nk tnya nih, camne nk tulis komen kat laporan bergambar tuh?? dh try byk kali nih tk boleh punn...tlg...tlg...


10-06-2008, ibuimanzahra komen :

brand preego ni halal ke? pernah guna buat spaghetti tapi ada orang kata tak halal. betul ke?


11-06-2008, nurul0705 komen :

InsyaAllah halal..jangan bimbang...xde bahan2 yg memusykilkan terkandung dlm preego..hanya pes tomato dan bhn2 lain.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu