oleh: maryam81 Biskut nestum Daun

Biskut_daun

Tempahan Pelanggan


Created on : 06-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maryam81




Share


Bahan-bahan ( 1 Balang )

  • 250gm Mentega
  • 1 Gelas / 120gm Nestum
  • 1/2 gelas gula pasir
  • 1/2 gelas gula perang
  • 3 sudu makan tepung kastad
  • Tepung gandum secukupnya
  • Sebutir Kuning Telur
  • Coklat cip utk Hiasan

Cara-cara

  1. Mentega, kuning telur & gula ( kedua-dua jenis) di pukul hingga kembang
  2. Masukkan nestum dan gaul lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung kastad
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit...Jangan terlalu banyak.. takut biskut ni keras. Sekadar boleh canaikan.
  5. Terapkan doh dgn corak daun dan hiaskan dgn coklat cip
  6. Bakar 160' deg selama 10 - 15 minit

Tag

cookies


Laporan Masakan Bergambar (5)

Image1597
24-09-2009
mmg sedap!kueh raya utk tahun ini,projek bsama dgn mak n adik,,hehe~
Laporan oleh: hamizah91
100_2791
14-10-2009
senang dan ringkas.. jannah letak kuning telur dan ceri merah kat atas, supaya biskut tu nampak lebih berseri..
Laporan oleh: jannah83
Uplod
14-08-2010
best sgt biskut nie... hubby pu3 suke sgt... baru je siap masak terus uplod gmbar... sedikit ubahsuai pd resipi..putery masukkan cokelat urai dlm bancuhan doh... n gunakan hiasan berbentuk hati... ^_^
Laporan oleh: putery_cinta
20100907_008
07-09-2010
buat lagi utk raye kali neh! ;)
Laporan oleh: hamizah91
Dsc05416
27-11-2010
Dah cuba raya puasa yg lalu..mmg mudah dan yg paling penting mmg sedap..hihi
Laporan oleh: Lwanria

Komen (19)

06-06-2008, fifipaus komen :

MANA DAUN NYA


06-06-2008, maryam81 komen :

hehehe.. fifipaus.. ni nama sempena bentuk biskut..


06-06-2008, sofinar komen :

mariam rajinnya, kalu tempah ni berapa harga dia...


06-06-2008, sofinar komen :

tepung castard byk mana? sudu besar atau sudu kecil


06-06-2008, fari komen :

cik yam ... gandum byk mana nak letak ... susah ler nak agak cam ni... sbb x tahu adunan ni nak kena ala2 lembut / ala keras .. gelas pulah yg besar mana .. gelass besar / kecik .. niway cik yam ada x resepi kek lapis berempah ...


09-06-2008, maryam81 komen :

Sofinar... biskut ni murah je.. 50 biji 15 hinggit je.. tepung castard sudu makan...


09-06-2008, maryam81 komen :

fari.. biskut ni akan keras.. sbb kita guna nestum.. gaul tepung gandum tu supaya nestum2nya boleh melekat je... gelas tengok dalam glossary.. errr... kek lapis berempah tak le resepinya..


30-06-2008, greenlife komen :

nk guna nestum ape erk..nestum family ke nestum madu...hehehehe


06-07-2008, pinklolipop komen :

sesuaila untuk biskut raye tahun nie.. hehe


07-07-2008, maryam81 komen :

greenlife sorry ye lambat jawab.... apa2 jenis nestum pun boleh.. saya guna yg nestum biasa tu.. utk sarapan punya..pinklolipop.. ak ah... sesuai la kalau nak buat raya..


19-08-2008, ira70 komen :

salam....saya dah cuba utk sampel raya. sedap....rangup. tq maryam


18-10-2008, maryam81 komen :

ira70...rangupkan.. tahun ni pun buat biskut ni untuk tempahan raya.


01-07-2009, itazul komen :

Salam Maryam, terima kasih untuk resepi yang mudah dan sedap. Ita dah cuba, cuma sebab kat rumah ni tak da tepung gandum, bantai ajelah tepung naik sendiri. Rangup gak dia, cuma kembang sikitlah. Tang tepung tu Ita letak 2 gelas, just nice. tq ya.


19-08-2009, cik_Yun komen :

ah ha...nie la resipi yg yun cri..dear sy ske mkn biskut nie..=]


06-09-2009, jannah83 komen :

salam maryam, nak tanya ni.. BHN2 lain semuanya mengunakan sukatan. Tapi,kenapa tepung gandum tu tak bersukat????. jannah baru nak berjinak2 belajar masak ni... boleh tlg jannah tak, berapa anggaran gm atau oz utk tepung tu.. Tq..


19-08-2010, Ladyyujie komen :

jannah83.. tepung gandum tu kalo xpandai sukat... masuk sikit2 smpai doh sebati dan boleh ditekap... sowiii... tlg jawab...


27-08-2010, noni_z komen :

alamak nestum tu tak tulis .kena kisar... so saya pun masukkan laa tgok2 nestum tu keping2 jadi susah nak terap ....


21-08-2011, ummu amni komen :

askum maryam,tq banyak2 atas resepi,saya dan buat biskut ini tiap-tiap tahun bila raya,senang, sedap dan menambat hati tetamu.


29-01-2012, sheq komen :

Terima kasih kerana sudi share recipe biskut nestum ni.. Walaupun sy adjust sikit bahannya (gula perang xde, so sy guna keseluruhannya gula pasir dan sy campur sikit serbuk koko utk warna), hasilnya memang cukup memuaskan.. Ibu dan anak2 juga suka.. Recipe ni pasti menjadi pilihan utk Raya tahun ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu