oleh: newbie123 Umai

Dsc04792

Dah banyak kali try resipi umai ni. Tengok cara penyediaan dia kat satu rancangan tv3. Since tak semua bahan dia guna tu ada, saya pakai apa yang ada saja. Sesapa suka rasa lemon atau limau nipis, memang akan suka umai.


Created on : 05-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi newbie123




Share


Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

  • sekeping isi ikan (saya guna isi ikan sherry)
  • 1 biji lemon, diambil jusnya
  • 1 biji cili hijau atau merah di hiris halus
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 1/2 cekak daun ketumbar dihiris halus
  • 1 biji tomato dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
  • satu biji bawang besar sederhana saiz dihiris halus

Cara-cara

  1. Isi ikan dipotong dadu dan direndam dalam lemon jus selama lebih kurang 1/2 jam sampai isi ikan jadi putih. Jus lemon akan "masakkan" isi ikan ketika diperap.
  2. Campurkan bahan-bahan lain dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Tag

sayur salad


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

06-06-2008, Russsiancat komen :

x dok cara2nye pon...ke kite yg x pndai tengok...maklumlah,org baru dlam Myrspi nih..


06-06-2008, maryam81 komen :

Ni makanan sarawak..kalau guna udang fresh lagi sodap... NYAMAN kata org Sarawak


09-06-2008, Safiza komen :

hari pergi sabah x makan umai kerana tgk umainya dah x fresh.takut sakit perut pula nanti.


14-07-2008, sakamoto komen :

saya selalu wat ngan ikan merah. perah ngan limau nipis. bawang besar. cm tu jer. hee


23-07-2008, nourz_csg komen :

1st time mkn kt s'wak...trus jtuh cnta kt umai ni...kra ok gak dpt respi kt sni.....


23-10-2008, shafea komen :

salam. nak tnya selain dari ikan sherry,, ikan apa yg sedap utuk bwt umai ni,,sy dah lama dgr resepi ni,, x pernah makan pun,, tgok dlm Tv dan juga di dlm ni ada resepi tu yg nak try bwt.. ..tq


23-10-2008, newbie123 komen :

Salam. Apa apa ikan pun boleh. janji ambik isi saja.


13-10-2010, Kak Uda komen :

Kalau guna udang sbg bhn asasnya, then tambah dengan asam paya lagi tragis rasanya. Saya dah cuba dah.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu