Google+

oleh: che'iza Roti John Goreng

Roti-j2

Satu lg versi roti john....... Roti john yg biasa kita akan jumpa kalau duk kat Batu Pahat.....


Created on : 03-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi che'iza




Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 6 buku roti hotdog
  • * INTI *
  • 150 gm daging cincang
  • 150 gm kentang di potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar di potong dadu
  • 2 biji bawang puting cincang halus
  • 1 sk serbuk cili
  • 2 sb serbuk kari
  • daun sup cincang halus, sedikit garam n gula
  • * BATTER *
  • 100 gm tepung gandum
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 sk baking powder
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 180 ml air
  • 1 sb serbuk ketumbar jintan (optional)
  • sedikit lada sulah n garam

Cara-cara

  1. Untuk inti: tumis bwg besar n bwg putih hingga kekuningan. Masukkan serbuk cili n serbuk kari, tumis garing. Masukkan daging cincang dan kentang. Kacau rata biar masak kering. Bila siap letak daun sup dan kacau... (mcm buat inti biasa)
  2. Untuk batter: Campur semua bahan, kacau hingga sebati n ketepikan...
  3. Potong roti kat tgh2 (mcm nak buat hotdog). Sumbat inti kat dlm roti. Celup roti dlm bancuhan batter n goreng.. Pastikan semua roti tersalut dgn bancuhan batter. Goreng dlm minyak panas cara deep fry.
  4. Siap boleh dihidang dgn sos n mayonis.....

Tag

roti

Laporan Masakan Bergambar (3)

Rotijohngrg2
11-06-2008

Laporan oleh: maisya

Sedapnya maisya....... nak empat boleh...........

P1010167
23-07-2008
mmg sedap ler che iza...thanks yer sbb sudi berkongsi..
Laporan oleh: enas_eryna

Ur welcome enas...... Buat minum petang eh.....

Roti_john_goreng
01-06-2011
buat dah lama sgt dah.. baru dpt beri laporan.. t.ksh che iza.. sedap..
Laporan oleh: idayu


Komen (24)

03-06-2008, Nenie komen :

Tengok gambarnya pun dah tergoda jiwa dan raga.Kak iza,cepatlah taip dah tak sabor-sabor nak dapatkan resipinya ni


03-06-2008, che'iza komen :

Okay, siap dah nenie... Tak leh cepat sgt nak taip, byk sgt ganguan kat sini.....


03-06-2008, Nenie komen :

ok.thanks.he he he bukan apa...psssttttt...curi-curi time surf internet off ni sementara line clear. Jadilah anaconda sekejap.


03-06-2008, Nenie komen :

Psssttt...Kak iza.Serbuk ketumbar jintan tu satu serbuk yang namanya cam gitu ke or means serbuk ketumbar dan serbuk jintan?


03-06-2008, che'iza komen :

Lebih kurang mcm tulah... serbuk ketumber and serbuk jintan yg dah di'mix'kan... Tak tahu pulak nama dia bila dah bercampur. Mcm lawang, cengkih, kayu manis n pelaga disatukan jd rempah tumis tp serbuk ni tak pasti nama apa... He... he...


03-06-2008, fidadaud komen :

wah.. lain dr yg lain la roti john che'iza nih. Mesti sedap nih!


03-06-2008, Nenie komen :

Oooo...cam gitu...nanti cuba cari kat supermarket.kalau tak jumpa just ignore jelah nanti..optional je kan.Ok thank for the feedback. (he he he cam ginilah orang yang baru nak berkenalan dengan rempah ratus ni...Baru jumpa 'dapur' katakan.Bila dengar bahan-bahan yang pelik2 mulalah gelabah)


03-06-2008, hana6877 komen :

rindunyaa kat roti john....che'iza nih mmg org bp ker?


03-06-2008, mrsdayat komen :

cedapnye...ni resepi pengubat rindu kat kg halaman nih...


03-06-2008, mrsdayat komen :

berkenan lak pinggan itam tu..kaca ek?eheheh..off topic lak


03-06-2008, che'iza komen :

Fida... hajat di hati pd awalnya nak buat conney... sekali cek fridge tak da sosej daa.... Kena la KIV dulu resepi hang ni... he..he..


03-06-2008, che'iza komen :

Hana... saya mmg org batu pahat... tanah tumpahnya darahku..... Berkenan ker nani kat pinggan tu, beli kat batu pahat tu... Ramai org pakai putih, emmm... kita pakai kaler lain lah pulak.......


04-06-2008, hana6877 komen :

che'iza...kim slm la kat org kg! kene try resepi nih coz takkan jumpa kat sini..huhuu...


04-06-2008, che'iza komen :

Okay hana... tp kena tunggu saya balik kampunglah yer... La ni pun hidup menumpang kasih kat negeri org ni...... he..he..he...


04-06-2008, mrsdayat komen :

eheheh..beli katne ek che iza. kot balik kg..bule cuci mata


04-06-2008, hana6877 komen :

ooo..kat ner tuh? kita pun duk negara org gak..eh nih nk cter psl resepi ke psl nk berkenalan..hihi...sory admin.....lain kali kene wat blog sendri la...he..he.. mrs dayat, sy tau che'iza bli kat ner pinggan tuh..kat bp mall kot.....nnti kita sesama cr la yek......


04-06-2008, che'iza komen :

Alaa hana sipi2 jer tu jawapan... tp dah dkt dah, bukan kat BP mall tp kat Clayton. Nani kalau nak pi cuci mata mmg sesuailah tempat ni... hi..hi... tp bwk duit sekali....mmg tak de mananyer nak cuci mata........


04-06-2008, hana6877 komen :

klu g Clayton tk yah cuci mata....bli jek trus...hihi......


04-06-2008, yatiezaini komen :

claytan blh microwave & oven gak kan ... ooopppss lari topik


04-06-2008, rhyniazz komen :

Wahhh che'iza... resepi mengancam... xpayah beli dah kat pasar malam :))


04-06-2008, che'iza komen :

Boleh yatie ... also can kukus,selamat. Memang clayton produce utk hotelware... Jatuh jer tak leh... pecahhhh... kih.. kih.. kih...(gurau jer).... Nak cari souffle ker pinggan ker leh lah cari.......


04-06-2008, che'iza komen :

Kalau duk bp leh lah beli... kalau tak kenalah buat sendiri rhyniazz......


11-06-2008, malif komen :

nampak menyelerakan ....


11-06-2011, didieka komen :

akan kami cuba buat,enak kan?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd