Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi kek lapis Asam Manis

 Submitted By On 26 May, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Sonang je nak buat ni

Ingredients
  • 10 bIji telur ( asingkan putih dan kuning )
  • 1 gelas Gula Halus
  • 450gm Mentega
  • 1 gelas Tepung Biskut Marie ( Biskut MArie yang bulat di kisar jadi serbuk )
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 tin susu pekat
  • Pewarna merah . Hijau atau kuning
  • Hawflakes secukupnya
  • 2 Gelas tepung Hong Kong
Instructions
  1. pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit

  2. Pukul mentega hingga kuning

  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang

  4. Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.

  5. Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan.

  6. Bahagi kpd 2 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning

  7. Lapis adunan warna hijau dulu bila separuh masak susun kan hawflakes di atasnya.

  8. Masukkan adunan warna kuning dan bila sudah separuh masak susunkan hawflakesdi atasnya.

  9. Buat hingga adunan habis.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All