Google+

oleh: lizacomel Gulai Nenas Ikan Kering Liza

Gulai_nenas_liza

masakan kampung yang best


Created on : 23-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lizacomel




Bahan-bahan ( 4-6 orang makan )

  • 1 ekor ikan kering/ikan masin yg besar (biasanya ikan talang/ikan duri)
  • 1 ekor ikan kembung kecil
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 biji kelapa
  • 20 biji cili padi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
  • 1/2 biji nenas
  • asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bahan_gulai
    sediakan semua bahan-bahan gulai...ikan kering dipotong...bawang besar dihiris...serai diketuk...cili merah dan hijau dipotong...nenas dipotong kecil...
  2. Bahan_kering
    masukkan ikan kering, ikan kembung kecil, serai, bawang besar, serbuk kunyit dan cili padi yang telah dikisar ke dalam periuk...
  3. Santan
    sediakan santan pekat dan santan cair daripada 1 biji kelapa...ketepikan santan pekat tersebut...
  4. Masak_sampai_didih
    masukkan santan cair dan nenas ke dalam periuk berisi bahan-bahan kering tadi...masak di atas api sederhana sehingga mendidih/ikan kering masak...
  5. Kacau_perlahan
    akhir sekali, tambahkan santan pekat, cili merah dan hijau...kacau perlahan-lahan...tunggu sehingga mendidih...masukkan asam keping serta garam secukup rasa...
  6. Gulai_nenas_liza
    sedia untuk dihidangkan panas-panas :P

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (7)

23-05-2008, che'iza komen :

Besornya........ gelang............... dah tak nampak ikan dah........... hi..hi..hi...


23-05-2008, Rahmawati komen :

he..he.. ye la che'iza...kita siap pandang kedua kali...nak confirm yg che'iza katakan....Liza...jgn marah..saje nak ngusik je


23-05-2008, hazila komen :

Saya tercari cari gak gelang besor yg che iza ckap kat dalam mangkuk gulai tu... ghopa ghopanya kat dalam gambar kat bawah.....


23-05-2008, che'iza komen :

He.. he... ampun liza no... kami duk gurau jer....


23-05-2008, lizacomel komen :

hahaha...tangan mak tu...aduhai~~


06-04-2010, fazh komen :

sdp tu.... huhu.....t'ingat kt kmpg...


15-12-2010, din4488 komen :

terlindung pulak gulai tu.....gelang besar sangat


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd