oleh: Biduri Ikan bakar air asam

Ikanbakar

air asam- masam manis dan pedas


Created on : 08-05-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 ekor ikan
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
  2. [ Persediaan untuk air asam ]
  3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
  4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
  5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (13)

27-09-2006, azlina komen :

camne nak buat air asm yang kaw macam air asam kat restoran MUARA port klang?


29-09-2006, ainzul komen :

kalu letak belacan leh tak?


29-09-2006, Biduri komen :

letak belacan lagi sedap..


29-09-2006, REN HE komen :

KALAU GUNA IKAN SUNGAI LEH TAK


30-09-2006, loqlaq komen :

nak power belacan la


11-10-2006, 333 komen :

guna asam jawa byk skt.biar pekat


10-01-2007, kulaan12000 komen :

macam mane nak aramo ikan bakar tu naik hinggap org yg menghidunya terbuka selara....


19-03-2007, beyoncelie komen :

hai...tumpang tanye...ikan tuh leh bakar pakai oven tak.....bepe suhu bepe lama


15-04-2008, normyaida komen :

best betul la resipi ni.saya suka sangat..suami lg suka..


09-06-2008, irnie komen :

ikan apa yang paling sesuai dan sedap untuk di panggang mcm tu...?


09-06-2008, kemma81 komen :

irnie, ikan ape2 pun blh...tp biasa org buat ikn cencaru, sdaaaaap....ikn keli pun boleh...ikan kembung pun ok...isi dia sdap... hehe sori biduri, saya tlg jawabkan...


19-06-2008, azeila98 komen :

shuke sgt ikan bakar cecah air asam....sedappp


27-06-2008, zizou6942 komen :

kaw ke air asam muara port klang tu..xpn...biasa je..anyway,,hi sy bdk bru kat cni sila beri tnjuk ajar..nama sy azizul k


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu