oleh: maryam81 Kek Lapis Sri Kandi

Srikandi

Simple dan sedap


Created on : 22-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji Telur
  • 2 gelas tepung hong kong
  • 1 gelas gula yang telah dikisar
  • 1/2 tin susu pekat
  • 450gm Mentega
  • 1 s/m ovellete
  • 1 Botol Kecil Peanut Butter perasa coklat
  • 1 Botol Kecil Jem Oren
  • PEwarna oren
  • 2 s/t serbuk coklat

Cara-cara

  1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang.
  2. MAsukkan telur satu persatu.
  3. Bila sudah sebati, masukkan ovellte
  4. Kemudian masukkan tepung gaul hingga rata.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Bahagi kepada 2 warna :- satu bahagian dimasukkan peanut butter & serbuk koko
  7. satu bahagian lagi masukkan dgn jem oren dan pewarna oren
  8. Bakar lapisan coklat dahulu, bila masak barulah masukkan lapisan oren.
  9. Loyang hendaklah di alas dgn mentega dan kertas minyak.
  10. Lapisan pertama guna api atas & bawah , lapisan seterusnya guna api atas sahaja.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

23-05-2008, dannisha komen :

cara2 nyer dimana, sy teringin nk buat kek ni


23-05-2008, maryam81 komen :

lepas hantar komen biasanya baru ada..


23-05-2008, 69andy komen :

MANA CARA-CARANYA ! TAK ADA PUN


23-05-2008, maryam81 komen :

69andy.. baiasany kalau lepas hantar komen baru keluar cara-caranya


23-05-2008, isarah komen :

nak mintak tolong ni... macam mana nak key in resipi.. sarah nak jugak kongsi resipi tapi tak bleh nak taip pun.. asyik kuar clik sini untuk tambah bahan. tapi bila clik dia nak delete palk..


23-05-2008, maryam81 komen :

Hi Sarah... senang je.. Click dekat tambah bahan.. pastu dia akan keluar satu kotak.. dlm kotak tertulis klik di sini untuk isi bahan, then type lah bahan2 kat situ.. bila dah selesai save kan je..


23-05-2008, kemma81 komen :

a'kum maryam...nk ty...xmanis sgt ke kek ni sbb letak jem? dlu saya pnah try buat resipi dr 1 mjlh tu...kek 2 jd...tp mnis sgt9...susu pkt lagi...nk try tp rsau pisang bbuah 2x..em jem tu yg weight brp ek? TQ.. :)


25-05-2008, maryam81 komen :

Hi Kemma.. susu tu saya guna 1/2 tin je.. pastu yang jem oren tu pun guna jem botol kecik.. kalau takut manis.. boleh kurangkan gula kepada 1/3 gelas. Tp tak pasti boleg tahan berapa lama.


26-05-2008, suemimiey komen :

hai maryam. resipi kek lapis sarawak yang kukus punye tak ade ke...saya suka buat yang kukus pny.semua org suka tak kering kek tue...


26-05-2008, maryam81 komen :

Hi Sumimie.. kek kukus dlm i punya resepi spt kek Lapis asam manis.. tak pun boleh cari resepi kek kukus dlm kategori Kek.. cuba lihat kek kukus horlicks & almond choco.. kalau tak silap resepi dari along roz @ ladyV. Em.. kek lapis sarawak.. tak keringlah walaupun di bakar.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu