Google+

oleh: lizacomel Jeruk Mangga Muda Bersira Pedas Liza

Jeruk_sedap_liza

jeruk mangga muda sedap resepi mama


Created on : 22-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lizacomel




Bahan-bahan ( 3 botol kuih sederhana besar )

  • buah mangga muda
  • 1 kampit garam
  • 4 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 6 cawan air
  • cili kering

Cara-cara

  1. Buah_mangga_muda
    petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...
  2. Direndam_air_garam
    rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...
  3. Air_gula
    jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk...
  4. Cili_blend
    cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...
  5. Jeruk_sedap_liza
    satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis :P









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

23-05-2008, dannisha komen :

kecur air liur tgk jeruk ni, sib baik blkg umah ada pokok mangga


23-05-2008, Safiza komen :

jeruk lain dari yg lain. selalu jeruk rasa masam2 manis, tapi ni jeruk yg ada perasa pedas pula. saya nak tanya garam 1 kampit tu berapa sen?mana tau nanti terlebih bubuh garam pula,nanti jadi jeruk masin pula.


23-05-2008, lizacomel komen :

fiza,garam sekampit tu dlm 30-40 sen rasenye...oh ye...jeruk ni rase manis2 pedas...mmg lain drpd lain...


25-11-2008, jeezy komen :

eeeeeeeeee... dulu arwah mak saya selalu buat nieee... buat sampai sebesen! mmg btol x sampai seminggu dah habis. hehehe..


20-05-2009, nzriah komen :

haaaaaa sedapnya..paling suka jeruk ni.selalu buat bila kat kg...tapi sekarang duk jauh...terliurnya..tak sabar nak balik ni


28-11-2010, feefa komen :

nmpak sdp,nnt nk try tq byk


02-05-2011, syikie komen :

hurm menarik..lmo dh cri resepi nie...ok nt nk cuba!


17-04-2012, suzilahmahmood@yahoo.com komen :

nak try...mangga banyak kat umah...kecur air liur


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd