Google+

oleh: maryam81 Karipap Bakar

Karipap_bakar

Sebenarnya org tempah, dia request tak nak goreng.. so kite letak dlm oven je..


Created on : 21-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maryam81




Bahan-bahan ( Berapa ramai pun boleh.... )

  • Bahan untuk kulit
  • Tepung gandum
  • Minyak masak ( panaskan terlebih dahulu )
  • Sedikit air
  • Bahan untuk intinya
  • Kentang di potong dadu dan di rebus dahulu
  • Daging ayam
  • Bawang merah - di kisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Bawang besar - dikisar
  • Serbuk kari ayam
  • Garam, perasa & gula
  • Cili kering - dikisar

Cara-cara

  1. Untuk Kulitnya :-
  2. MAsukkan tepung dan minyak masak. Gaul rata buat seperti crumble.
  3. MAsukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga tepung tak melekat di tangan
  4. Untuk Intinya :-
  5. Tumiskan semua bahan yang telah dikisar
  6. Masukkan daging ayam.
  7. Bila daging ayam sudah masak..masukkan serbuk kari tadi. Masak hingga terbit minyak.
  8. Masukkan kentang dan gaul rata. MAsukkan garam, perasa dan gula. Tunggu hingga air kering bolehlah ditutup api. Biarkan sejuk.
  9. 1
    Canai kulit karipap. Potong tepinya buat seperti segiempat panjang.
  10. 2
    Masukkan inti karipap.
  11. 3
    Tutup inti tersebut dgn menggunakan adunan yg telah di canai. Tekankan bahagian tepinya dgn menggunakan garpu.
  12. Cucuk bahagian atas dengan garpu dan di sapu dgn kuning telur.
  13. Masukkan dlm oven yang telah di panaskan dgn suhu 190’C sehingga masak

Tag

kuih

Laporan Masakan Bergambar (3)

Cimg4195
21-05-2008
tq maryam..sedap sangt,tapi tak berapa cantik macam u buat:-))
Laporan oleh: nkf

hehehe.. oklah tu....gambar tak clear sgt lah.. anyway tq for trying

Karipap
28-08-2008
Buat ngan anak.mcm2 bentuk ada.
Laporan oleh: ibu_an

thanx for trying..

Gambar_e_amik_026
03-05-2009
mknn kurang lemak dan minyk..hubby suka karipap..tp kalau x bergoreng lg dia suka..tq 4 the idea
Laporan oleh: McE


Komen (8)

21-05-2008, nkf komen :

hye .. nampak sedap karipap ni:-)) saye nak tanya,tepung dan minyak masak berapa sukatan?


21-05-2008, ema komen :

Pn. Mariam... nampak mengancam sangat2 karipap tu.. saja nak tanya 1. bakar pakai api atas n bawah ke 2. kalau cucuk atasnya tak berlubang ke


21-05-2008, maryam81 komen :

hi.. nkf.. sukatan tu terpulang kpd diri sendiri.. janji boleh crumblekan tepung tu dgn minyak.. crumble tu...maksudnya.. adunan tu cam serbuk roti.. macam buat kulit karipap biasa..


21-05-2008, maryam81 komen :

hi ema.. ak ah.. bakar pakai api atas dan bawah.. kan saya cucuk bahagian ataskan.. mmg berlubang.. tp tak pecah.. sebab dah di sapu dgn kuning telur..


22-06-2008, cik_bedah komen :

Pn. Mariam.. kalau kita nak frozenkan.. perlu ke dibakar sekejap... mcm kita buat frozen karipap kena goreng sket kan...


28-08-2008, MasDiana komen :

Mana maryam ni yer? dh lama tak mucul dengan resepi baru kat MYR ni. Sibuk buat kek kot. Banyak tempahan...


05-05-2009, McE komen :

katanya sedang sibuk pindah umah baru....baru je pindah...


02-07-2012, paubakarnusantaraBS2011 komen :

salam..atas karipap sapu telur merah tak.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd