oleh: rosnani Authentic Thai Fried Rice

J

Resepi ni try kat restoren dekat office lamer dulu. Balik umah try buat...same sebijik rasanye. Preparation: 30menit je.


Created on : 15-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( untuk 2 orang makan )

  • Bahan utama tentu lah nasi. 2 mangkuk nasi . seeloknye nasi semalam.
  • sejemput isi ayam didadu.
  • sejemput udang kering geragau. *
  • sejemput isi udang fresh.
  • 2 inci serai.hiris nipis *
  • 2 inci lengkuas .hiris nipis *
  • 4-5 helai daun limau purut. mayang halus.
  • 1 inci belacan.*
  • 5-6 tangkai cili padi. *
  • 1/2 labu bawang besar . mayang halus.
  • Bawang putih 2 ulas. mayang halus.
  • sos nampla (sos ikan)
  • Garam & ajinomoto (kalau suke)
  • Minyak masak.

Cara-cara

  1. TUmbuk Semua bahan bertanda * hingga separa lumat. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap. Terus masukkan ayam & udang. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula bahan tumbuk. kacau hingga wangi. perasakan dengan garam dan ajinomoto serta satu atau dua sudu sos nampla.
  4. Perlahankan api, masukkan nasi dan kacau hingga sebati semua perencah.Taburkan juga daun limau purut.
  5. Bile semua dah sebati, kuatkan api dan kacau nasi cepat2 hingga agak garing.
  6. Tutup api dan hidangkan ketika masih panas. Taburkan cili padi dan daun ketumbar jika suka. Ade yang hias dengan hirisan limau nipis. Bila nak makan perah lar..
  7. Ada beberapa variasi nasi goreng thai. Tapi yang ni memang different. Cuba lar pasti memikat rasa.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

16-05-2008, guest komen :

awat tetiba xkuar cara2? semalam ok jek.. admin plz help...tq


16-05-2008, guest komen :

aik..sekejap xde sekejap ada


16-05-2008, Mummy7857 komen :

MEmang sedap, baru lepas buat..licin pun..tp saya terlupa letak belacan, but still best..thanks for the resipi...


16-05-2008, Mummy7857 komen :

Nasi goreng ni, lebih sedap kalau dimakan bersama tom yam atau sup daging/ayam...power, dan memang umph......


29-05-2008, rosnani komen :

Terima kasih kepada mommy kerana mencuba resepi ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu