Google+

oleh: enas_eryna Pajeri nenas

P1000824

pajeri ni masak tanpa santan sesuai utk penggemar pedas..sesuai dimkn dgn nasi putih,minyak dll.


Created on : 12-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi enas_eryna




Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 biji nenas masak/muda
  • 6 sudu besar cili kering yg telah di blend
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 biji bawang putih yg besar(ditumbuk)
  • 1 inci halia(ditumbuk)
  • 1 kuntum bunga lawang dan 1.5 inci kayu manis
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar udang kering(ditumbuk)

Cara-cara

  1. Nenas dipotong kecil
  2. Tumis bahan yg telah ditumbuk dan masuk kan kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau
  3. Kemudian masukkan cili kering yg telah dikisar sampai masak dan selepas itu masukkan nenas dan masak kan sehingga layu sedikit.
  4. masuk kan 1/4 cawan air dan masukkan kerisik. Akhir sekali masuk sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  5. Biarkan ia kering sedikit..kemudian bole dihidang..

Laporan Masakan Bergambar (1)

Pajeri
26-07-2008
Resepi yang mudah dan ringkas, lepas ni bolehlah selalu makan pajeri nenas..thanks :-)
Laporan oleh: Mummy7857

wah..mummy dah cuba yer...tq..mmg mudah kan..



Komen (8)

13-05-2008, Mummy7857 komen :

tak letak serbuk kari ker??


13-05-2008, enas_eryna komen :

mummy...pajeri ni tak perlu letak serbuk kari nih..pajeri nih biasanya kalu ada kenduri kahwin mesti buat pajeri nenas yg macam ni..tp kalau mummy nak letak santan pun boleh..cuma bezanya kalau tak letak santan tahan lama sikit..lambat basi.cuba la mummy..


25-05-2008, mirza_izz komen :

nampak macam best jer.. heheh... tu laa.. heran gak tak letak serbuk kari.. ingat nak try ler hr ni... nak print dulu resepi ni....x der santan, tak derr laa kolestrol... hehehe...


10-07-2008, Isya_Irfan komen :

Enas, pajeri ni memang sedap..tp...kalau i nk buat sehari awal, boleh tahan ker? ingat nk buat resepi ni untuk kenduri, masak sebelah malamnyer...esok cuma panaskan...


21-07-2008, enas_eryna komen :

pajeri ni bole dimasak sehari sebelum...die tak basi sbb tak letak santan pun..biasanya di kg saya kalu nak buat kenduri kawin mmg masak mcm ni..


21-07-2008, enas_eryna komen :

isya_irfan..thanks yer kalu dah cuba...pajeri ni mmg sedap...hehehe..simple jer..mmg bole tahan kalu masak sehari awal then bole panaskan.


20-05-2009, nzriah komen :

suka sangat pejeri nanas..nak cuba buat lepas ni..


22-05-2009, layyinulharir komen :

kalau udang kering x de jdi x? kalau ganti dengan belacan ok x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd