Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Masukan tepung gandum,tepung pulut dan kelapa parut ke dalam magkuk.
bancuh 1 camca garam tadi dengan sedikit air suam dan setelah larut masukan air garam tadi kedalam adunan.
uli adunan tadi dengan air hingga menjadi doh.
ambil sedikit doh tadi dan canaikan nipis,jangan terlalu nipis dan bentukkan ia bentuk yg disukai.
canaikan hingga habis.
Akhir sekali panaskan minyak , goreng hingga kekuningan dan angkat.
Untuk gula,masukan 1 cawan air kedalam kuali bersama gula.didihkan ia hingga gula tersebut hancur dan menjadi pekat ( macam gam ).
Bila gula sudah pekat masukan kuih tadi kedalam gula dan kacau rata hingga kering dengan api yang sederhana kecil.bila sudah rata dan kering angkat dan sedia dihidang.