Google+

oleh: sitiazma Donut

Donut1

Senang dah sedap (asas doh dari German Berliner). Tips 1. Goreng dengan api sederhana spy donut tak pecah. 2. Saya pusing2 dgn chopstik kat tengah2 utk besarkan lubang donut. 3. Simpan dalam bekas kedap udara supaya lembut donut tahan lama.


Created on : 09-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sitiazma




Bahan-bahan ( 12-16 biji )

  • * 1/2 sudu kecil garam
  • * 250 gm tepung
  • * 25 gm gula
  • * 1 biji kuning telur
  • * 1 sudu besar minyak
  • * 2 sudu kecil yis
  • * 62.5 ml susu suam. untuk breadmaker guna (125 ml).

Cara-cara

  1. Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
  2. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
  3. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
  4. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat. Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
  5. Biarkan naik sekali ganda lagi > Lebih kurang 30 min.
  6. Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut. Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping kegemaran masing-masing.
  7. ::Buat Donut Menggunakan Breadmaker:: 1. Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas. 2. Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min). 3. Ikut cara-cara seterusnya kat atas mula dari no.3.

Tag

donut

Laporan Masakan Bergambar (7)

Choc_donut
11-05-2008
buat lagi semalam. kekal lembut sehingga ke esok hari.
Laporan oleh: sitiazma

saya paling suka buat donut ni sebab tak guna butter.. guna minyak jer..senang

Donutmachacreamcheese
12-05-2008
ini donut pertama saya menggunakan resepi yg sama, tetapi topping cream cheese. Hehe, first time buat, comot semacam jer. Practice make prefect! Cuba lagi..
Laporan oleh: sitiazma
Dsc03179
12-05-2008
yg ni sblm di "topeng" kn
Laporan oleh: yatiezaini

yatie, macam awak punya lagi cantikkk je dari saya.. segan saya nak tunjuk sbm makeup..

Dsc03180-1
12-05-2008
di antara yg "cun" & bjaya masuk ke final ... hehe ..
Laporan oleh: yatiezaini

cantinya je glazing awak ni. buat choc sendiri + butter ke ni?

Donut_ct_azma
03-12-2009
hoho...memang sedap n senang...lembuuuuuttt aje pulak tu...hubby pon suke... thanx ct.. :)
Laporan oleh: nOOrsha
Donut
14-12-2011
berbeza texture donut ni dgn yg lain.. i like it so much.. tnx azma bkongsi resepi ;)
Laporan oleh: lady_effa
20130311_225232
12-03-2013
Buat separuh adunan sebagai percubaan semalam.. dapat 6 donut, 6 donut balls & 2 mini donut tocang yang lembut, gebu dan sedap.. 2 donut yang saya simpan tetap lembut bila dimakan pagi tadi.. terima kasih Siti Azma!
Laporan oleh: LynnSham


Komen (24)

09-05-2008, nor_67 komen :

wah!! cantiknya donut..


09-05-2008, yatiezaini komen :

camaner nak dptkn topping coklat yg licin & cantik cam sitiazma wat.. blh bagi tips x ... donut ni gebuSss x bila sejuk ...


09-05-2008, Mummy7857 komen :

Selalu buat donut, masa goreng, serap banyak minyak..pas tu bila dh sejuk, keras...donut ni mcm mana plak?? sapa yang dh cuba..hantar keputusan please....


09-05-2008, unies komen :

sedapnye!!cam donut kt'dunkin donut ' cantikne topping dia!!!licin je!!sitiazma guna coklat masakan pe?


10-05-2008, sitiazma komen :

k.nor >.. tenkiu..tenkiu.. ini percubaan kedua.. sebab tu pandai sikit nih yatiezaini dan unies > topping tu, saya beli segera je, boleh microwave atau cairkan dgn waterbath macam biasa tu. Masa tengah2 suam donut tu saya celup. donut ni masih gebu selama 2 hari. Kalau betul2 nak pastikan gebu tahan lama, jangan kena udara, letak dalam bekas. InsyaAllah. Anak-anak saya bawak pi tadika. Mummy7857> saya mula2 buat donut pun camtu gak. Lepas tu, lepas angkat je saya letak atas jaring2 tu lepas tu letak sejat lagi atas tisu spy sebyk mungkin minyak keluar. ok dah skrang donut saya ni. try lah cuba cara saya ni pulak.


10-05-2008, eyla5152 komen :

saya nak resepi toping tu sekali la.. boleh t ak bg


10-05-2008, eyla5152 komen :

ni nak guna tepung roti ke tpg gandum?


10-05-2008, sitiazma komen :

eyla5152 > topping tu saya beli coklat segera jer eyla. saya microvawe, then celup :D. <br> Saya guna tepung gandum jer ..


10-05-2008, peekaboo komen :

kalau boleh sitiazma letaklah sekali resipi untuk toppingnya...cantik u..


11-05-2008, yatiezaini komen :

dah buat donut ni.. masa adun kenapa lembik .. so saya kena tambah tepung skit2..sukatan semua dah betul ... tu pun sib baik saya x tuang kesemua susu suam .. ada ler balen skit x mskkn.. guna tpg roti .. oppsss .. juga ltk 1 sk brd improver & 1sk softener .. cerita dah masak plk ... donut ni sgt lembut & still lembut bila sejuk .. tp utk besok x tahu lagi !!! anak2 cakap sedap .. cerita pasal topping plk ... hancusssss ... campur air panas skit tuk cairkn coklat cara waterbath ... camaner cara sitiazma plak.. kongsi ler ... x kn malu kut... hehe .. ada campur apa2 x coklat tu masa mcrovawe .. / smata2 coklat jer...niway thks .. sok ltk pic... :)


12-05-2008, sitiazma komen :

yatiezaini > wah yatie cepatnya dah buat.. , awak guna manual kan.., saya rasa jumlah susu suam adalah sesuai untuk breadmaker. Saya check balik buku resipi, untuk manual, dia guna separuh dari tu. (Saya dah tukar kat bahan-bahan). Pasal topping pulak, saya tak leh nak tolong supaya cantik camtu. Sebab saya guna coklat segera yg memang orang kat german ni guna utk curah atas kek. Coklat glaze segera saya tak tambah apa-apa.


12-05-2008, bai komen :

boleh tak minyak digantikan margerin atau batter


12-05-2008, zaliana komen :

cuma nak share tentang topping coklat..jgn letak sebarang air ya..air tu memang musuh tradisi dlm mencairkan coklat..masa mencairkan coklat elakkan titisan air masuk dlm periuk.kalau nak membantu cairkan coklat,boleh guna sedikit shortening atau butter . :)


12-05-2008, yatiezaini komen :

siti .. saya bantai ngan mixer jer .. mmg x leh nak pegang langsung .. melekat bagai gam .... isk3 .. coklat kat M'sia lain rupa nyer ngan German .. info ... donut ni dlm 15-20% kurang kegebuannyer bila dah overnight ... rasanyer tu mmg kebiasaan lah .. oopppss info lagi ... itu utk donat yg saya buat ler .. org lain saya x tahu.. tp apa2 pun donut ni mmg sodddaaappp .... . utk cairkn coklat pakai lemak koko gantian / cocoa butter substitue .. tu info dari kedai bakery ... " LEMAK " lagi ... niway tq tq tq sitiazma..


12-05-2008, sitiazma komen :

bai> doh saya ni guna minyak. kalau bai nak guna doh yg guna butter, boleh try resipi skyblue > cuba klik "cari resipi" > donut.


12-05-2008, sitiazma komen :

yatiezaini > wah..kagum..camna guna mixer tu> bila nak tekap2 tu menjadi lak donut awak. next time awak guna separuh susu suam tu jer ya. apa-apa pun mekasih jadi tester..hehhe...


11-06-2008, iemah11 komen :

minta bantuan..macam mane nak buat topping donut guna coklat/coklat apa yg harus digunakan?kalau ganti dgn milo boleh ke?Harap boleh bantu beri pandangan dan cadangan terima kasih


19-07-2008, artaikuss komen :

saya nk tnya.susu suam tue guna susu dlm kotak kemudian disuamkan ke?fresh milk??


31-07-2008, artaikuss komen :

camne kite nk dptkan susu suam tue kak?saya tak fahamla.tlg jelaskan ye.terima kasih


01-08-2008, bee_rbs komen :

nak tolong jwb ni..artaikuss, selalunya bee guna fresh milk ..panaskan jap..masa masukkan yis tu makesure susu suam jgn panas sangat..takut yis tak hidup lak..


21-08-2008, nurulayman komen :

klu ada lebihan donut yg kite dah tak mau goreng terus simpan dlm freezer ke atau nak kena goreng jugak sikit sekadar bagi kekuningan camna eh


23-08-2008, adyani komen :

salam.. ni kak azma yang duk kat amin UKM dulu ke?lama dah nak tanye ni.. resipi donut ni pon dah cube..


25-10-2008, rudya komen :

susu suam tu susu pe?susu segar dutch lady tu ke?or susu pekat?confius la.


20-12-2008, mummy miera komen :

senang je wat topping tu.... beli coklat masakan vanhouten tu. cairkan dgn cara double boil @ masukkan je dlm mikrowave. klu nk lemak sikit tambahkan 1@2 sudu susu pekat. klu nk tahu, pakai gula aising pun sedap gak. tapi sy lum cuba lg. buat 2 cawan gula aising campur dgn 1@2 sudu besar air masak. kacau sehingga pekat. asingkan kpd bbrapa bahagian utk dicampurkan dgn pewarna. ikut suka nk colur apa. mesti meriah... selamat mencuba..... 1 lg pas sejuk gula tu akan keras tau.....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd