Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Spaghetti Bolognese

 Submitted By On 19 October, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

30 mins preparation + cooking time. Our fave recipe during uni days

Ingredients
  • 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm minced beef/chicken
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
  • Oregano
  • Sedikit margerine/butter
Instructions
  1. Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu)

  2. Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.

  3. Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bwg putih, keluarkan dari periuk itu selepas bwg masak.

  4. Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap.

  5. Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.

  6. Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.

  7. Buka tin tomato puree, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak.

  8. Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.

  9. Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)

  10. Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.

  11. Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam,oregano)

  12. Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalm sesudu kecil margerine untuk bagi cantik/berkilat.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All