Google+

oleh: che'iza Getas-getas

Getaslg

Kuih yg tak yah pakai tepung gandum


Created on : 25-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi che'iza




Bahan-bahan ( 16-18 biji )

  • 250 gm tepung pulut
  • 150gm kelapa parut
  • 130 ml air
  • secubit garam
  • * 3/4 cwn gula
  • * 1/2 cwn air
  • * sehelai daun panadan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
  3. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
  4. Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (14)

Img_3767
11-09-2008
getas2 perantau - guna kelapa kering je sbb tak de kelapa parut fresh. utk berbuka puasa hari ni. alhamdulillah, tiada sebarang letupan berlaku! ;-)
Laporan oleh: azareena

Cantiklah azareena... kemas jer rupa getas2 tu..... Biasalah duk di perantauan kena kretiflahkan...... eheheheh terbukti selamatkan.....

Img_4962
13-09-2008
nostalgia la iza kuih nih...tp mmg best! akak cmpur tepung gandum skit sbb dh kehabisan stok tpg pulut! :D mekasih yer!
Laporan oleh: hana6877

Kak Ina oiiiii..... bahagia org kat rumah tu..... sbb ada kak Ina yg rajin masak ni kan....

Getas
18-09-2008
salam che'iza, 1st time buat sbb dah teringin sgt..memang sedap.Tp x cun sgt..Buat utk buka puasa semalam..tq atas resepi yg mudah dan sedap..
Laporan oleh: as75

ehhhh dah cun dah tu..... nak camaner lagi..... Memang senang, sedap n selamatkan as75... ehehheeheh

Image_271_
27-09-2008
Tak sangka mudahnya nak buat kuih kegemaran sy ni. Makasih sbb b'kongsi resipi ni. Maaf ya tak sempat nak susun kuih tu lagi. Lepas tangkap gambar terus ngap.. heheh...
Laporan oleh: som e one

Senangkan... boleh watt selalu......

Kuih
09-10-2008
sedap...alhamdulillah takde apa2 letupan berlaku hehehe...tq 4 the resepi...
Laporan oleh: suzi75

Yer..... terbukti selamat..... hihihihi....

Img_7418
20-10-2008
againnnnnnnn!! ehehehehe...
Laporan oleh: hana6877

and again....... yerlah watt tuk cik abe......

22022009945
25-02-2009
salam. penah makan 1 ketika dulu tp x penah buat sendiri. sy x sira dgn gula coz mkn camtu aje pun dh sedap. goreng dgn api kecik aje spy x meletup, dgn api bsr galak letupnya. terima kasih byk2
Laporan oleh: baya74
Getas2
14-05-2009
Anak2 suka cicah ngan susu pekat..sedapp n senang nak sediakan..thanks che'iza :)
Laporan oleh: HaSue
P1010377
21-11-2009
cume tinggal 3 jer....yg len sume dh kene bedal ngan anak2.....he3...(^-^)
Laporan oleh: Mariani(KT)
P1000212
30-05-2010
Sedap,walaupun guna kelapa kering aje.
Laporan oleh: amiez150
Photo0265_001
03-04-2011
sedap... rase cam kuih bunga... cume beza kuih bunga goreng clup telur p yg ni greng saje pastu gulakan je... me kacih ye.. lain kali leh wat lagi... :-)
Laporan oleh: sitzaln
Ilat2
05-04-2011
Pagi tadi bgn 5.30..sebab lama dah x mkn kuih ni..kat kedah ni x pernah jumpa...saya campu sedikit tepung gandum, jadi masa goreng tu x meletup..rupanya anak2 pun suka juga...selama dok kedah ni mmg x pernah buat lagi...
Laporan oleh: kay730601
17042011155
17-04-2011
dah try tadi...best! 1st time buat sendiri, slalu blie je...tq~ (**,)
Laporan oleh: syalina
Photo0273
12-04-2012
sedap kuih ni.ms kecik2 kat kg slalu mkn kuih ni.tp kat umah ni sy sorang je yg suka.puas gak nak habiskan
Laporan oleh: zaminna

Komen (35)

25-04-2008, arma komen :

i penah buat kuih nih tp horror...kuih nih suke meletup masa proses goreng tuh..bahaya tullll..itu jer la sekali wat, x bani dah..nak mkn i suh my sis wat :P


25-04-2008, eyla5152 komen :

i pun penah wat kuih ni mmg sedap n mmg ade letup2 la mase goreng tu...


25-04-2008, che'iza komen :

Ciannya arma, alhamdulillah saya buat tak pernah lg meletup (ngeri jugak kalau meletup). Cuba masa arma nak bentuk kuih tu kepal tepung dia padat sikit, rasanya ruang udara yg ada dlm kuih yg menyebbkan kuih tu meletup.


26-04-2008, Mummy7857 komen :

Huh, bahaya tu..hajat nk bagi family makan, tp takut berakhir di hospital. Keropok lekor pun sama. Tangan i ni sampai ada parut, gara2 goreng keropok lekor. Benda tu meletup sampai naik atas syiling..mcm zaman perang jepun plak..


27-04-2008, arma komen :

masing2 ada horror xperience..kene ltk note sket kt bwh tu che'iza...SEDIAKAN TUDUNG SAJI SEBAGAI PROTECTION SEMASA MENGGORENG..muahahahaha..sori, gurau jerrr...


27-04-2008, fatinz komen :

che'iza.....fatin x pernah mkn kue ni, xpernah dengar pun......


27-04-2008, che'iza komen :

Ala dia meletup2 manja jer. Tapi my sis kalau buat pun jd mcm tu, my mom ckp tgn dia ada bau kambing, tanam pokok apa2 pun hidup tp kalau masak emmm......


27-04-2008, che'iza komen :

Ok arma kang lepas ni saya letak caution kat seblh "Amaran kuih ini mudah meletup, sediakan tudung saji sblm menggoreng". Haahaaha.... Kuih ni popularlah gak fatinz,ha ah lah kat perlis ni tak jumpa lak tp kat changlun pernah jumpa kuih ni.


27-04-2008, nor_67 komen :

sori ya che'oza.. nak interprem dalam sini sat utk mummy7857, kalau tak nak bg keropok lekor tu meletup, kena lah belah dulu keropok lekor tu sebelum goreng(belah tp jgn sampai putus dua) insyaallah tak meletup


27-04-2008, nor_67 komen :

lorr type error.. che'iza, bukan che'oza.. soriii


28-04-2008, hazrah komen :

hu hu hu,igt kan sy aja yg kena mcm tu..smlm buat kuih ni,masa goreng meletup dan terbelah sikit dah mcm batu belah batu bertangkup plak..he..he..he..kena try lg la nampaknya


28-04-2008, che'iza komen :

Sedap jugak nama oza tu kak nor..... Hii.. hi...


28-04-2008, che'iza komen :

Ala hazrah kang dia make-up ngan gula tu, tak nampak dah batu belah, tinggal batu bertangkup jer. He.. He....


28-04-2008, nor_67 komen :

ooo.. kalau gitu lepas ni boleh ler pangil oza pulak, k.. :)


28-04-2008, che'iza komen :

Boleh jer tp kena panggil 2-3 kalilah takut tak perasan lak. Maklumlah nama baru.


28-04-2008, tuntung15 komen :

Hissss ni kuih peberet kak ogy nih. Tapi oleh kerana macam beperang kat dapo mase mengorengnyer, sekarang nih kak ogy beli je........ lagipun kat umah kak ogy nih ade sorang makcik tuh pandai sungguh buat kuih nih n selalu lah sponsor kak ogy. hehehe selamat akak. X yah berperang lagi dah.


29-04-2008, Mummy7857 komen :

nor_67, terima kasih yer bagi tips tu..lepas ni gerenti takde kemalangan lagi di dapur..dan tips sediakan tudung periuk tu, memang best solution..thanks..


29-04-2008, che'iza komen :

nilah namanya kepuasan mutlak kak ogy, menikmati kuih peberet selepas penat berjuang n berperang. Setiap bite tu bermakna..... He.. he.....


15-05-2008, aidaa komen :

saya baca yang Mummy7857 .. sungguh kelakar... terus tersuka..:)..sorry ye... tapi saya pun gerun kalu meletup gitu... beli je la...


01-06-2008, mamamiriam komen :

wah ni lah kuih kegemaran saya..buatnya pun senang je..saya biasa guna kelapa parut muda..arwah bapa saya dulu suka mkn kuih ni tapi dia gelar kuih lidah anjing..kikiki..


20-06-2008, ummiey komen :

if getas-getas tk nk meletup masa goreng rebos sebentar dan tos kan baru digoreng tk caya cuba la dijamin tk payah pakai tudong saji.hehehe saya goreng puluhah keping utk di jual cuba la inshaallah bejaya.


20-06-2008, ummiey komen :

nak pandai msk mesti tempo bnyk pekara baru bejaya dan mesti senyum selalu baru kueh jadi , manis mcm saya hehehe.


08-07-2008, madihah_liana komen :

nilah resepi yg dicari2, lps ni bleh la wat, thank's.


18-09-2008, as75 komen :

masa as cuba buat smlm, as nak tau sgt apa yg meletup2 tu..as cuba 1/2 adunan tu ikut resepi che'iza..1/2 lagi tambah sikit air lg.So bila dia lembik sket tu yg meletup rupenya...mcm che'iza kata meletup manja je..jgn takut, kena cuba..rugi x cuba sbb mudah je dan rasanya memang sedap..


18-09-2008, Safiza komen :

kuih getas,kuih tradisional..lama sudah tidak menikmatinya.kalau dapat kelapa yg tidak cukup tua,mmg enak di makan.


18-09-2008, che'iza komen :

Cendik... cerdik as75... siap buat eksperimen lagi......ekekkeke..... Kalau betul adunan dia mmg tak meletup.. tapi kalau meletup pun... ala2 manja jer kan... ehehheheh.... So pada yg lain jgn takut.. kuih ni selamat n sedap utk dicuba... kan as75 kan....


18-09-2008, che'iza komen :

Yerlah safiza kalau dapat kelapa yg muda mmg best... Dia lagi lemak n lembut jer kuih tu...... Tapi kalau dah takde... hentam sajalah apa yg ada..... eheheheh


19-09-2008, as75 komen :

ya.. che'iza, as kat sini susah nak dpt kelapa fresh.Guna kelapa kering je.. sedap,wangi dan lemak..hubby & anak2 suh buat lagi..


19-09-2008, yatiezaini komen :

;-)


21-10-2008, bee_rbs komen :

tq che'iza, ni kuih peberet bee ni.. leh lah cuba ..pasal letup2 ni, bee pernah buat cekodok pun meletup gak..aduh..apalah salahku..??


24-11-2008, HaSue komen :

ehe che'iza..pekate tuka jelah nama kuih ni kuih letup nak?hakhak..tp kat sini org panggey kuih lidah..ntah sape bg nama yg krg menggiurkn wpun mmg ade iras2 lidah.hehe..dulu2 selalu wat kuih nih,kdg2 meletup kdg2 x.x ltk kelapa parut pun.tp 4 secure,kite selambe je tutup kuali pas masukkn kuih yg nak dgoreng tuh.mmg bunyi 'pop!pop!' la kat dlm tuh kalo nak meletup pun.mltupnya skali je setiap kuih..then angkat ler..hehe.pasni leh ikut sukatan che'iza..djamin x meletup..tQ yer! :)


15-12-2008, hazin komen :

merci la ché iza...pg tgk resepi ni trliur lak,tghari bt tuk makan SENDIRI dkt 20 thn xmkn kuih ni.....Biasalah dok perantauan....anak2 xberapa suka sbb ada kelapa.. lg 1 klu xnk meletup guna api perlahan masa menggoreng


20-12-2009, angahi komen :

saya suka sgt mkn kuih ni masa mengajar kat majidi baru dulu.skrang duk kat semenyih ni tak pernah nampak org jual.Nak wat tak tahu,lps tgk resepi ni rasa nak watlah.Mesti best.


30-01-2011, adikina komen :

memang senang nak wat...sedap..


03-04-2011, kay730601 komen :

setahu saya kalau x mau meletup kena letak sikit tepung gandum...dulu pernah buat x campur tepung gandum mmg meletup2 masa goreng...tapi bila tgk kakak ipar buat x meletup pun..dia kata kena boh tepung gandum sikit...mmg paberet saya kuih ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd