oleh: Ringo Plain Yogurt

No picture

resepi dari kawan dari India


Created on : 18-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( untuk seluruh keluarga )

  • susu segar 1 liter
  • plain yogurt(beli kat supermarket) 2 sudu besar

Cara-cara

  1. Masukkan susu segar kedalam periuk.
  2. Panaskan sehingga lebihkurang 40 darjah celcius.
  3. Masukkan plain yogurt.(1 sudu besar bagi setiap 500 ml. jadi kalau 1 liter tu letak 2 sudu besar la.) kacau sebati.
  4. Pindahkan kedalam bekas yang boleh ditutup rapat.
  5. Simpan ditempat yang suam untuk keep suhu 40C seperti oven, thermos, kotatsu ataupun balut dengan kain gebar tebal selama 8 jam.
  6. Bila dah siap boleh lah disimpan dalam peti sejuk, siap untuk dimakan.
  7. # ulangi setiap hari pun boleh dengan mengambil yogurt yang dah dibuat tu sebagai benih. lama kelamaan rasa masamnya akan hilang(lebih kurang sebulan), beli yogurt baru sebagai benih baru.
  8. # segala peralatan yang hendak digunakan elok dibasuh bersih dahulu dengan air panas mendidih untuk mengelakkan germ yang tak diingini masuk kedalam yogurt tadi.

Tag

yogurt




Laporan Masakan Bergambar (1)

Yogurt
22-09-2007
jadi yogurt ni kak hani..tapi masam yang amatttt..pastu dia mcm runny sangat laa, tak mcm yogurt yang beli kat kedai tuu. saya baca kat packaging yogurt beli kat kedia tuu..ada letak sugar & gelatine, lenkali kalau buat lagi nak cuba letak those ingredients. tq :-D
Laporan oleh: s_shamen

u're welcome :) mmg masam resepi ni. rasanya orang India suka yang masam kot. masa nak makan tu better letak jem or madu. tahap cairan tu mungkin bergantung kepada kandungan lemak dalam susu. normally kat jepun guna 3.5~3.8% milkfat.


Komen (12)

18-10-2006, maya_zakry komen :

haa.. recipe buat yogurt pun kena gune yogurt jugak.. kire cam tanam pokok la.. yogurt yg kite beli tu buat benih.. waaahh.. betul ke nih?


19-10-2006, Ringo komen :

ha ah. sebab yang kita nak tu "lactic acid bacteria". bacteria ni senang membiak dalam susu dengan suhu 40C. kalau ada jual berasingan boleh dibeli. tak payah beli yogurt lagi. macam kat japan ada beberapa jenis yang dijual. di Malaysia tak tahu la pulak ada ke tidak.


25-10-2006, kak as komen :

plain yogurt ke dadih ni...coz nak buat plain yogurt masuk plain yogurt lagi...


25-10-2006, Ringo komen :

dadih mana masuk yogurt.... dadih guna susu segar dengan agar-agar. dalam resepi ni, letak yogurt sebagai benih. kalau boleh beli benih yogurt berasingan boleh la digunakan. lagipun yang permulaan sahaja perlu yogurt yang dibeli. kali kedua dan seterusnya, hanya perlu guna yogurt lebihan sebelum itu.


30-10-2006, akulaparnasik komen :

encik/cik Ringgo, kat atas tadi ada kata yg lepas sebulan masam dia hilang dan guna yogurt baru. So you mean that lepas buat for the first time, kita boleh guna balik yogurt tu buat benih. Tapi hanya boleh guna beberakali saja sebab masam dia akan hilang. camtu ker maksudnya?


19-03-2007, illa komen :

a'kum en./cik ringgo, saya nak tanya macam mana nak tau suhu 40C tak kan nak beli termometer kot..atau sesapa yang tau boleh xplain yer..tq


05-07-2007, lisanishanth komen :

yogurt macam ni saya selalu buat kat sini,.. saya sekarang tinggal di india,.. yogurt kat india is a must at every home... dia orang buat macam ni la,.. fresh milk tu nak kasi suam suam sikit,... tak boleh panas,.. panas SIKIT ye.. lepas tu mix ngan 1 sudu yogurt,..tudung bekas tu, jgn biar terdedah pulak. kalau buat malam hari, next day dia dah siap! i biasa letak yogurt tu dalam microwave(tapi microwave i tak pasang, i simpan je,,,sebab dia tak sejuk kat luar) untuk simpan 1 malam.lepas yogurt tu jadi, boleh makan terus dan simpan dalam peti sejuk... kalau lama sangat simpan kat luar,.. masam pula jadinya. tapi structure yogurt ni lain dari yg kita beli kat market,.. kalau kita kacau, yogurt ni pecah,.. tapi rasa ok,.. cuaca kat msia memang sesuai nak buat ni,.. tapi kalau cuaca macam sejuk,.. susah sikit nak buat,.. nak letak yogurt tu byk sikit dan dibalut dgn kain baru nak jadi!


05-07-2007, Ringo komen :

lisanishanth, tak betul ker resepi saya? nampak apa yang awak tulis tu sama jer dengan apa yang saya tulis kat atas.


07-07-2007, lisanishanth komen :

Ringo, instruction yg u berikan betul, tepat dan terperinci,..i bagi testimoni juga pasal structure yogurt tu. i tengok ada pulak yg x caya ni resipi yogurt, macam mana nak tahu kalau suhu tu 40c ke tidak,.. so i share la based on my experience,.. dan i perasan byk pulak org msia kat overseas yg tengok website ni, so i tambah la pasal cuaca sejuk susah nak buat yogurt,.. sebab masa i kat england dulu, i cuba buat yogurt byk kali masa winter,.. tak jadi2! tapi cuaca kat msia,.. x jadi masalah,.. letak kat luar rumah pun jadi! tapi i tak pernah dengar pulak pasal rasa masam yogurt tu akan hilang lama kelamaan,.. betul ke ringo?


21-07-2007, raroluq komen :

tq ringgo. Macam best jer. Nanti nak cuba.


31-03-2008, jaslina12 komen :

Nak cuba jugak lah.. dari plain yogurt nih boleh buat perasa lain tak??? contoh rasa jambu ka??? rasa pelam ka??? atau rasa durian ka???


09-05-2008, adiezx komen :

bkn ke resepi ni samae je ngan resepi yang honey bagi 2.. macam nak wat lassi la ni.. nak wat yogurt macam yang gne dapur khas 2 lakan?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu