oleh: masz_73 Paratha puff daging

Img_0597

Dapat idea dr masakan yani dan salah satu cara bg yang malas (sy ler..) nak canai doh karipap.. hb kata "good idea" hehhehe..cuba larr...


Created on : 18-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 1 peket paratha
  • Bahan-bahan inti (mcm inti karipap) :
  • 3 biji kentang dicincang
  • 220gm daging kisar (ayam pon bole..)
  • 2 sdb pes cili yg telah dicampur dgn bawang merah & putih
  • 1 sdb serbuk kari daging/ayam
  • daun sup/bawang - diracik halus
  • garam dan serbuk perasa - secukup rasa
  • parmesan cheese - secukupnye
  • 1 biji telur kuning - optional (sy x letak pon..)

Cara-cara

  1. Img_0576
    Mula-mula masak inti : tumis pes cili & serbuk kari hingga wangi, kemudian masukkan kentang digoreng sebentar dan jika nak cepat empuk, letak air sedikit selepas itu masukkan daging kisar, garam dan serbuk perasa, juga daun sup/bawang - lepas masak - sejukkan sebentar
  2. sediakan kepingan paratha, dipotong 3 (bulat) kemudian letakkan dlm aluminium foil/mould pie anda kemudian cucukkan dgn garfu paratha tersebut
  3. Img_0580
    Bakar sebentar paratha utk memastikan bhg dlm paratha nnt masak - dlm 5-10 minit 160º
  4. isi inti yg telah sejuk kedalam paratha dan taburkan parmesan cheese diatasnye dan sapukan telur kuning disekeliling paratha
  5. Bakar semula dlm 15 min atau sehingga nampak kekuningan.. dan sedia utk dimakan panas².. sedap dan garing!
  6. Selamat mencuba! :)




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

18-04-2008, Natto komen :

Wah3 kak mazss, dlm dia punyer ke sibukk kan masa tu sempat gak g gali cari idea baru.. kekeke wow!!! ini gmbr manyak cun wooo dah tak de kelabu asap lagiii, dpt reward ke niii ehem3... sini instant paratha tak pernah beli lagi lahhh... >__<


18-04-2008, masz_73 komen :

muahahhaa... ika!.. gali jgn x gali... cuba larr beli instant paratha tu, dulu kmasz ingat dia dah half cook rupa² masih mentah tp cepat dimasak.. itu gbr amik dr dgcam opis, rembat bwk balik ari tu.. masa tu gunakan ler secukup²nyer.. :P


18-04-2008, che'iza komen :

Haah lah baru nak tegur, dari resepi mee udang tu gambar dia dah cun. Ingat saya sorang jer perasan.. He.. he.. Kalau yg factory made memang lembut n tak masak lg. Tp kalau beli yg org kampung buat mmg separuh msk sbb tak de pengawet.


18-04-2008, Rahmawati komen :

Masz! a very good idea & creatif. Biasa kalau beli roti prata, bakar & mkn cam tu la...tak terfikir pun nak pelbagaikan.....mesti cuba ujung minggu ni


18-04-2008, Lady V komen :

kmas..sungguh kreatif & menyelerakan..msti cuba nih..hihi.. =>


18-04-2008, coveredgirl komen :

Boleh terangkan tak, camana nk potong roti paratha tu kepada 3 tapi kekal bentuk bulat? Fening skit...Tq.


18-04-2008, masz_73 komen :

hehhe..che 'iza.. :P rahmawati & lady v, try arr.. mmg garing n sedap mcm karipap.. makan masa panas².. my hb picky eater pn kata sedap.. kira ini sepupu sepapat karipap ler.. sll hb mintak buat karipap tp vit M byk psl malas nak canai doh tp skunk ni dah x perlu risau lg.. stok aje paratha ni.. :P


18-04-2008, masz_73 komen :

coveredgirl.. senang ajer.. tekapkan mould tu kat paratha tu.. pastu gunting ajer..sbb dia dialas dgn plastik.. masa nak masukkan dlm mould tu.. tarik²/tekan² sikit. lebihan paratha tu bole dibakar jer.. ranggup makan begitu saja!..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu