oleh: fayrahim Pasta Linguine Ala Laksa Johor

Dscf0117

Sedikit kelainan dari resipe Laksa Johor yang biasa. Umumnya selalu kita hidangkan bersama Mee Laksa atau Spageti. Saya memang suka pasta linguine (bentukknya seperti kue teow basah) Resipi ini saya tidak tambah taugeh, tapi jika suka bolehlah tambah.


Created on : 18-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • Bahan-Bahan A
    (Isi Ikan Kembung)

    1kg Ikan Kembung
    3 lawang Bawang putih
    3 hirisan lengkuas
    2-3 hirisan halia
    Sedikit garam
    3 cawan air
  • Bahan-Bahan B
    (Tambahan pada isi ikan - giling halus)

    100gram Udang
    100gram Ikan Kurau Masin
  • Bahan-Bahan C - Bumbu (Bahan untuk menumis)
    7 lawang Bawang Kecil
    3 lawang Bawang putih
    1 sudu kecil jintan
    1 sudu kecil ketumbar
    1 inci kunyit
    3 inci Lengkuas
  • 100gram Cili Kering
  • Bahan-Bahan D
    1kg santan (atau dari 2 ½ biji kelapa)
    100grams Daun Kesum
    1 btg Bunga Kantan
    1 sdkecil Gula Merah
    3 sdbesar Asam Jawa
  • Bahan Hidangan A
    100grams Kacang Panjang
    ½ Bawang Besar
    2 biji Timun
    100 gram Daun Pudina
    100 grams Daun Kesum
    6-7 biji Limau Kasturi
  • Bahan Hidangan B – Sambal Belacan
    2 inch Belacan
    50grams Cili Padi
    3 lawang Bawang putih
    Jus dr 4 biji Limau Kasturi
  • Bahan-Bahan Lain
    3 sudubsr minyak
    1 Paket Linguine
    Garam and perisa seckup rasa

Cara-cara

  1. Dscf0083

    PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN A

    Siang dan bersihkan ikan kembung.
    Masukkan ke dalam periuk.
    Masukkan air agak-agak sehingga menutup ikan
    Masukkan bawang putih dan hirisan lengkuas dan halia.
    Masukkan sedikit garam.
    Rebus ikan hingga lembut.
    Tapis tapi jangan buang stok ikan.
  2. Dscf0097
    Siang dan ambil isinya. Tumbuk atau giling hingga lumat.
  3. Dscf0099
    Jika mahu, boleh juga diambil kepala ikan yang di rebus dan tumbuk hingga lumat juga.
  4. Dscf0096
    PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN B


    Siang udang dan tumbuk lumat.
    Tumbuk hingga lumat.
  5. Dscf0089
    Siang ikan Kurau masin.
  6. Dscf0098
    Tumbuk hingga lumat.
  7. Dscf0095
    PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN C – BUMBU

    Tumbuk cili kering hingga lumat berasingan.
    Titik lengkuas.
  8. Tumbuk bahan-bahan C yang lain.
  9. Dscf0100
    PENYEDIAAN KUAH

    Panaskan minyak dan masukkan cili dahulu dan tumis hingga naik bau.
  10. Dscf0102

    Kemudian baru bahan-bahan yang lain.

    Masukkan Ikan Kurau Masin yang telah di tumbuk.
  11. Dscf0105
    Kemudian masukkan isi udang yang telah ditumbuk.
  12. Dscf0103
    Kemudian masukkan bunga Kantan.
  13. Dscf0106

    Tumis selama 3 minit.
    Masukkan stok ikan.
  14. Dscf0107
    Masukkan santan.
  15. Dscf0108
    Simpul daun kesum dan masukkan.
  16. Dscf0109
    Masukkan isi ikan kembung yg di tumbuk.
  17. Dscf0110
    Masukkan gula merah
  18. Dscf0111
    Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perisa.
  19. Dscf0093
    PENYEDIAAN HIDANGAN A

    Kupas kulit timun dan potong pada 4 bahagian kemudian hiris perlahan-lahan sekeliling.
  20. Dscf0092
    Kemudian hiris halus
  21. Dscf0114

    Hiris bawang.
    Hiris Kacang Panjang.
    Potong Limau Kasturi dua.
    Daun Kesum dan daun Pudina, ambil daun sahaja.
    Hidangkan di dalam pinggal bujur, sedia untuk di hidangkan.
  22. Dscf0112
    PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN

    Semua bahan-bahan untuk sambal belacan di tumbuk hingga lumat.
  23. Dscf0091
    PENYEDIAAN THE LINGUINE

    Rebus Linguine sehingga masak (agak-agak selama 18 minit)
  24. Dscf0113
    BAGAIMANA UNTUK DI HIDANGKAN

    Masukkan Linguine dahulu ke dalam mangkuk
  25. Dscf0115
    Tambah bahan-bahan hidangan A dan sambal belacan.
  26. Dscf0117
    Tambah Kuah. Sedia untuk di makan.
  27. *Linguine boleh digantikan dengan spaghetti atau fettucini jika suka




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

15-06-2008, hanizurai komen :

cmne nk bt kuah yg sedap tanpa letk udang atau belacan yer..alergik la..


15-06-2008, dania76 komen :

bagus nyer la resepi nih....complete tunjuk step by step...klu cukup bhn semua nk jek try masak....:(


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu