Google+

oleh: putra_yanty Ayam Percik Kelate

Ayam_percik_kelate

Masakan kelate.. masa kecik2 dulu slalu tolong ma buat ni


Created on : 17-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi putra_yanty




Bahan-bahan ( Satu Keluarga )

  • Sekor Ayam
  • 1 liter santan
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 Batang serai
  • 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
  • 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai cili kering
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
  2. Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
  3. Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
  4. Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
  5. Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
  6. Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
  7. Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.

Tag

ayam









Laporan Masakan Bergambar (4)

Dsc02972
03-05-2008
dah cuba smlm.. ari ni yg bgsu mintak lauk ayam kuning lagi.. sedap tp hb ckp ckit lagi nak kena rasa original / mgkin saya yg x pandai masak ayam percik ni.. isk3..niway tks yanty
Laporan oleh: yatiezaini

wah!!! nampak macam best.. rasa cam terliur la pulak.. bak sini sikit.. kawe nok tra

Dsc00221
09-06-2009
Memang dah lama cari resepi ni. Biasa masa bulan puasa jumpa lauk macam ni. So dapat masak pada hari Ahad 7-6-09 lepas, 1/4 bahagian ayam sahaja yang digunakan. Suami puashati...saya pun berbunga-2 kembang bila dipuji.
Laporan oleh: Sharm1969
Ayam_percik
18-06-2009
pernh mkn 1x dlu..ni try buat sndri pulak..tq 4 the recipie
Laporan oleh: sakura>emi
Dsc01939
24-10-2009
Buat lagi, makan dengan nasi mhandi.
Laporan oleh: Sharm1969

rajinnya dia..... dah lama saya tak buat ayam percik ni... bleh sharm pas bagi sini sikit ;-)


Komen (12)

17-04-2008, yatiezaini komen :

nak tanya.. percik ni rasa die macam yg kat kelate ke.. dah byk kali cuba resepi .. x kira kat majalah ker / internet .. tp x dapat ler rasa yg macam kat kelate tu.. ambo nie suka sangat percik tp x reti pulok nak dpt rasa percik yg ori ..... percik purta yanty ni merah in kaler kan... suka la mkn percik ikan kembong.. ni percik yati yg famous kat kb ker tu... :-)


17-04-2008, yatiezaini komen :

putra... ada pic x ???


18-04-2008, putra_yanty komen :

yatie... resepi ni memang saya selalu buat dulu. Cuma sekarang ni lama jugak la tak buat. Last saya buat masa bulan puasa tahun lepas. So, gambar pun tak der.. nanti kalau saya buat, saya tempek gambarnya. Resepi ni memang asal kelate la. Mok ambo selalu buat ni. kalau masa kenduri pun, memang ada masakan ni.. rasanya pun sama jer ngan yg saya punya...


18-04-2008, yatiezaini komen :

mcm best jer ...


18-04-2008, yatiezaini komen :

blh ler ambo acu trai teh... hehe


04-05-2008, masak&makan komen :

oik...pelik apasal ayam percik kelate warna kuning...bukan warna putih ke kalu kelate punya....


04-05-2008, yatiezaini komen :

makam&makan .. ayam percik rasanyer ada byk kaler.. merah kalu bbh byk cili krg... kuning kalu krgkn cili lebihkn kunyit & putih x yah buh cili & kunyit kot.. tu kalau x silap saya ler.. kat kelate pun ayam percik ni doh tubik byk kaler ... mcm2 kaler ado...tp kalu mkm&mkn ada resepi tuk yg warna putih blh share kat MYr...sure ramai hok nok try... saya pun nak trai teh jugak ayam percik putih ni.. nyaman .... niway ari ni nok buat lagi percik ayam kuning ni... sbb anok bgsu ambo suko la pulokkkkk warna kuning ni.. skg ni tgh dok perap ayam ..... dio pggil ayam kuning... budok2!!! nok buat mcm mana ... ikut jer la kehendok dia...kalu x ikut kan x selera pulokkkk nok mkn... hihihi .. muaaaahhhhlalala


05-05-2008, putra_yanty komen :

betul tu yatie. masak&makan, ayam percik saya tu sebenarnya terlebih kunyit tu. tu yang kaler kuning tu. lama dah tak buat. Masa dok kat kampung dulu senang nak buat. sekarang ni dok kat bandar, susah sikit nak buat. Tu pun, masak percik ala2 moden gitu.. guna oven. kurang la sikit keenakkannya. Yatie, kalau saya masak percik yang putih tu untuk ikan. caranya hampir sama, cuma tak payah letak kunyit dan cili dan ikan tu tak perlu di kukus. Mungkin akan lebihkan sikit halia dan serai sebab biasanya ikan hanyir sikit.


12-03-2011, jeliterr komen :

nak trylahhh.... mcm best jer!!!!!!!!!!!!


23-03-2011, sitimeor komen :

AMBO PUN NAK TRY PTG NI,PUTRA_YANTY NAK TANYA YOU TAU XRESEPI KUTUB DAGIN,I TERINGIN LA,UPLOAD LER DALAM NI


05-08-2011, yan_aziah komen :

napok sedak kno buat nih....


05-08-2011, yan_aziah komen :

napok sedak kno buat nih....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd