oleh: che'iza Apam Gula Melaka

Apam_melaka

Simple and senang


Created on : 15-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( satu family )

  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.




Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscf2785
27-05-2008
TQ che'iza.My hb suka sgt2,memang klu boleh dia nak suruh buat slalu,hehe..Sedap!
Laporan oleh: lemongrass

Ur Welcome...... Ni dah kali ke berapa wat LG. Cun Arr.... patutlah hubby suruh wat selalu... hi..hi... air tgn isteri yg buat best tu..........

Apam_gula_melaka
29-05-2008
Apam yang senang dan sedap. Nyum!
Laporan oleh: fidadaud

Lagi sedap kalau dpt mkn yg org buat..... Nak sikit fida.........

Sl370770
25-06-2008
Ni lah hasilnya. Elok la skit dr yg sebelum ni. Pasni letak kelapa. Sedapnyaa. TQ che'iza
Laporan oleh: zurin

wahhhhh!!!! dah cun lah tu zurin.... Kali ke-3 buat kang dah leh jual dah..... Alas daun pisang lagi.....


Komen (33)

15-04-2008, tepungpelita komen :

sedapnya. mesti try nih. dah lama cari resipi nih.


15-04-2008, che'iza komen :

Antara kuih yg wajib buat ni sbb terlalu senang bahannya dan cepat nak buat.


15-04-2008, sofinar komen :

emak selalu buat apam ni sedap


15-04-2008, sofinar komen :

mak saya kalau buat ni che iza dia bancuh malam esok pagi baru kukus, yang ni perap sekejap saja lagi bagus


16-04-2008, che'iza komen :

Sofinar, ni edisi untuk org2 yg rajin (he..he..) Nak cepatkan, dah perap 40 min yg mula2 tu dah okay dah. Saja jer biar lg 5 min dlm loyang biar dia start naik sikit kita kukus nanti dia kuar cantik.


17-04-2008, fatinz komen :

che iza.... hantar sket kt tmn seri bakau ......


17-04-2008, che'iza komen :

Boleh... tp tmn seri bakau kat ner eh?


17-04-2008, che'iza komen :

Tmn seri bakau kat ner eh?


17-04-2008, lemongrass komen :

Mmng simple n snng nak buat.dah buat semlm tp lupa nak ambil gmbr.My hubby minat sesgt,dia yg habiskan.TQ che'iza!


17-04-2008, che'iza komen :

Welcome lemongrass, senangkan.... boleh wat selalu...


18-04-2008, maryam81 komen :

Er.. nak tanya.. kuih traditional ni.. kite kureng sikit.. dry yeast tu apa? sama dgn mauripan tu ek?


18-04-2008, che'iza komen :

Dry yeast tu maknanya yeast kering (mcm translet lak). Betul lah tu yeast mauripan. tapi yeast mauripan pun ada yg basah.


18-04-2008, fatinz komen :

che iza..kt kangar...! awak tggl mane??


18-04-2008, che'iza komen :

Oh.. kat kangar tak jauh dah tu, Sya duk kat arau, lebih detail kat ulu pauh.


18-04-2008, fatinz komen :

mmg dekat je...pas ni leh anta kt saya kuih apam....hiiii...hiiiii....


19-04-2008, che'iza komen :

Boleh jer, kang saya survey mana letaknya taman seri bakau ni. Sejak ada Cmart kat changlun n Giant kat A.staq jarang dah pi kangar.


19-04-2008, fatinz komen :

dtg kangar....jemput la sggah umah... kt belakang psraya afifah, tmn seri bakau...


01-05-2008, umiza komen :

Dah 3 kali buat. First time menjadi sama ngan second time. Third time tak berapa menjadi. Kenapa yea.


01-05-2008, che'iza komen :

Kalau first time buat x jadi mungkin boleh ckp silap buat ker, tp third time buat tak jd emmm.... Rasanya sbb yeast tu kot. Yeast tu samada dah lama @ dah masuk angin.


01-05-2008, che'iza komen :

Umiza, kalau first time buat x jadi mungkin boleh ckp silap buat ker, tp third time buat tak jd emmm.... Rasanya sbb yeast tu kot. Yeast tu samada dah lama @ dah masuk angin.


02-05-2008, che'iza komen :

Alamak admin tersend 2 kali lak, yg first tu saya dah stop tp dia masuk gak..... Ampun...... Umiza, kalau nak tahu yeast kita tu active tak ambik sikit yeast tu letak dlm air ala2 suam kuku, biar kejap kalau dia berbuih semcm jer hah oklah yeast tu. Kadang2 mmg kita baru beli yeast tu tp entah dah berapa kurun yeast tu kat kedai tu. Anyway tahniah tuk kejayaan 2 percubaan terawal.... Semoga tak serik eh.. Ehh, lg satu kalau dah 40 min tak berapa naik jgn terus kukus biar dulu tgk dlm 2 jam ker dia naik tak, biar dia naik 3x lepas tu kukuslah eh... Hope membantu eh...


13-06-2008, mimimarsyadanie komen :

sorry ye...saya ni baru kat sini...tepung tu tepung apa


23-06-2008, zurin komen :

che'iza....tak menjadi ler i buat. lepas kukus dia turun. tp lembut...i sukat pakai cawan sukat tu ler...maybe terlebih air kot?


23-06-2008, che'iza komen :

Selalunya kalau kat resepi tulis tepung sahaja maknanya tepung gandum mimimarsyadanie.....


23-06-2008, che'iza komen :

Cammana eh... Saya tak pastilah tp base experience kalau terlebih air sikit still oley cuma tekstur jer tak cun nanti. Tapi kalau mendap lepas kukus biasanya sbb adunan tu terlebih naik, masuk air masa kukus atau terlebih kukus..... kena tgk gaklah loyang yg zurin guna kalu besar mean adunan dia nipis so kena kurangkan sikit masa mengukus. Satu lagi tips nak tau apam dah masak permukaan dia licin pgg tak lekat kat tgn... Hope can help eh......


23-06-2008, nor_67 komen :

zuein, iza.. ni pandangan 1 sen jer dari knor.. mungkin penggunaan api yg kuat masa mengukus tu yg menyebabkan apa2 yg kita kukus tu mendap balik bila masak.. cam kita kukus kek kukus gak.. api tak leh terlampau kuat(supaya cepat masak) coz dia jd cam terperanjat masaknya.. yg seelok2nya gunakan api sederhana jer.. wallahua'lam..


23-06-2008, nor_67 komen :

satu lg tip tuk mengukus ni. kena balut penutup kukusan dgn kain supaya air wap tak menitik dalam masakan kita. tak pun tutup permukaan loyang tu dgn aluminium foil(ni biasa knor buat tuk kukus kek coklat moist)


23-06-2008, nor_67 komen :

sori... zurin not zuein..:)


23-06-2008, che'iza komen :

Kak Nor dari 1 sen jd sejuta tau....... He.. he.. he.....


25-06-2008, zurin komen :

ok che'iza, k nor...hari ni nak buat skali lg. maybe bekas dia besar, kukus terlebih masa & api memang beso pun masa kukus tuh. hari ni kita saksikan apam ni jd mcm mana. tp dlm tak jadi tuh...abih kena makan juge. sedappppp....cuma tak tinggi & cantik mcm org lain buat...ok...tq


25-06-2008, che'iza komen :

chaiyo!!!! chaiyo!!!!! zurin...... kang tayang hasil dia eh.....


25-06-2008, zurin komen :

okeh...dah siap kuih apam nih. nmpk tinggi skit & hopefully dlm dia ok. kali ni i sukat tpg dia lebih skit je...hari tu cair. nanti i post gambar


26-06-2008, zurin komen :

che'iza..biasa le...duduk melaka...daun pisang senang nak dpt...hehehe. kalau boleh sume nak di daun pisangkan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu