oleh: che'iza Ayam Pandan

Ayam_pandan

Pasangan yg tepat untuk nasi ayam and nasi putih.


Created on : 14-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Pandan1
    Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Pandan2
    Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Pandan3
    Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Pandan4
    Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Pandan5
    Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (6)

Ayam_pandan
05-05-2008
Jenuh juga nak balut ayam tu dengan pandan tapi hasilnya cukup menyelerakan!!!
Laporan oleh: rossitamz

Yang penting hasilnya best, terrorlah rossitamz buat..... cantik rupawan jer ayam pandan tu.......

Ayampandan
12-07-2008
emm sedappp.. lagi pedas lagi sedap.. sape x cuma lagi tu..cubalah ;)
Laporan oleh: yani

Bangga sungguh tau kalau mem besar kata best.... ehehehh........Mesti bestkan makan ngan nasi ayam........

Ayam_pandan
18-08-2008
Ha ha ha....Berjaya juga akhirnya saya upload pic. ayam pandan saya.Emmmm...Pastinya saya sentiasa menghidangkannya lagi...lagi...dan lagiiii......
Laporan oleh: Nenie

Akhirnya dapat gak nengok nenie nyer ayam pandan.....

Dsc04067
18-08-2008
hu..hu.. terover goreng, tp dother ckp sodappp , harum semerbak mewangi ;-) , lain kali den cuba lagi k .. tQ iza
Laporan oleh: yatiezaini

Cam okey jer Kak Yatie..... Bau dia memang Kak Yatie..... satu rumah berbau.... eheheheh....

Ayam_pandan_2
20-08-2008
Sekali lagi saya nak tayang ayam pandan saya...kih kih kih
Laporan oleh: Nenie

Baru lah nampak sikit ayam pandan ko ni nenie.... kalau tak kena pakai kanta nak tgk eheheheh...... Buat selalu eh.....

Imported_photos_00308
26-08-2008
Mmg sedap...anak kata sedap....TQ iza
Laporan oleh: ziehelmy

Komen (17)

14-04-2008, ijan_yus komen :

salam...tak da pun bahan2 yer..sudah klik2 dah..


14-04-2008, ijan_yus komen :

sedap nyee


14-04-2008, ijan_yus komen :

sedap nyee


14-04-2008, ijan_yus komen :

sedap nyee


14-04-2008, ijan_yus komen :

mesti cuba nie


14-04-2008, che'iza komen :

Kena try ijan, buat menambahkan variasi lauk ayam. Dulu masa duk sabah selalu makan kat RFC. La ni duk perlis kalu teringat2 kenalah buat sendiri.


14-04-2008, che'iza komen :

Ehh.. salah bukan RFC tapi RCH ( Raflesia Chicken Hut ). He.. He.. kang ada pulak org sabah yg marah.


14-04-2008, mas7971 komen :

che'iza ayam pandan kat RCH mmg sodap...mas ngan family pon suke makan kat ctu...sedap bah...


14-04-2008, che'iza komen :

Betul tu bah, memang terangkatlah makan kat RCH. Tapi kat RCH ayam pandan dia tak pedas, biasalah org sabah tak kuat pedas. Resipi ni saya buat pedas sikt.


14-04-2008, Puff Pastries komen :

cara2nya mana????? kene experiment sendiri ke??


14-04-2008, Puff Pastries komen :

Ohh ada dah pc I lambat.. sorry


03-06-2008, Nenie komen :

Emmm...kenapa ya saya masukkan laporan bergambar tapi sampai sekarang takde pula ditayangkan.He he he he.excited ni nak tunjukkan hasil air tangan sendiri kat tuan punya resipi.Maklumlah sudah menjadi antara resipi favorite hubby.Btw thanks a lot kat Che'iza kerana seikhlasnya berkongsi resipi kat sini.


03-06-2008, Nenie komen :

Sebenarnya ruangan macam ni sangat-sangatlah berguna terutamanya buat orang yang baru nak kenal 'dapur' macam saya ni.He he he he...


03-06-2008, che'iza komen :

Kenapa eh nenie tak leh nak up load gambar...... gambar tu besar sgt kot... saiz dia antara 200-400px... Trylah lg eh... Apapun tahniah sbb berjaya buat.... Resepi ni senang jer, nak bungkus jerlah leceh... tp apalah sgt leceh tu bila hubby suka mkn...he..he.... tahniah... tahniah.... Exited gak nak tgk gambar cik ayam pandan nenie ni....


03-06-2008, che'iza komen :

Saya dah cek dari dapur saya mmg tak de laporan nenie... sbb kdg2 laporan masuk, kat dapur tuan empunya resepi ada tp kat resepi tak kuar.... Cuba nenie cek kat nenie punya senarai laporan masakan ada tak?


19-08-2008, nurul_aiman komen :

che'iza klu ayam tu kita dh buat pastu simpan kat peti ais boleh ke? klu nk makan baru kita goren....so buleh le buat bebanyak....


19-08-2008, che'iza komen :

Boleh nurul_ aiman..... Saya selalu buat tghhari... utk lunch goreng separuh... lebih kang goreng tuk dinner... Tapi bukan kat tempat beku.... Takut daun pandan tu rosak......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu